Orang pandang rendah pada Anda? Cemana nak buat?
1. Biarkan mereka.
Biar mereka dengan pandangan mereka. Walaupun mereka memandang rendah pada Anda, jangan sesekali Anda marah pada mereka, sakit hati atau geram.
jika mereka selalu buat Anda sakit hati, usah di layan. Jangan lawan api dengan api.
Kelak, Anda juga yang merana sendiri.
Kenapa? Sebab apa? Untuk apa? Saya akan beritahu kemudian.
2. Gali Kekuatan-kekuatan Anda
Untuk beberapa minit, duduk dengan beberapa helai kertas dan pen di tangan.
Fikir ke dalam diri, kaji apa kelemahan diri Anda dan kaji apa kekuatan Anda, di mana Anda boleh lakukan sesuatu dengan baik sekali.
Sambil berfikir, tuliskannya di atas kertas. Senaraikan paling kurang 20 kelemahan diri dan 20 kekuatan diri. Lebih banyak, lebih bagus!
tak semestinya Anda kena fikiran semua sekaligus saat itu juga. Beri masa, relaks. Saat jawapan muncul, tuliskan cepat-cepat.
Baca senarai itu selalu. Anda akan jadi bersemangat setiap kali selesai membacanya.
Tambah, tapi jangan sesekali padam. Maksud saya, biar senarai tu bertambah, tapi jangan ada yang kurang.
3. Berani Berubah
Tekad di dalam minda Anda sanggup nak berubah, Anda berani berubah sikap, attitude, perkataan dan perbuatan.
Niatkan perubahan itu untuk kebaikan masa depan Anda sendiri. Jika kita tak berani berubah dulu, takkan ada sesiapa lagi yang sanggup membantu merubah kita.
4. Tahu Apa Yang Anda Nak Capai.
Fikir apa yang Anda nak capai. Selepas itu, set matlamat.
Bila dah selesai set matlamat, tuliskan apa yang Anda boleh lakukan dalam proses mencapai matlamat itu. Senaraikan langkah-langkah yang Anda fikiran boleh diguna.
Jika Anda seorang pelajar, fikir apa yang Anda nak capai, gred cemana yang Anda mahu, subjek yang Anda nak score, peperiksaan mana yang Anda nak lulus dengan cemerlang.
Jika Anda seorang pekerja, fikir apa yang Anda nak capai di tempat kerja Anda, mungkin pujian bos atas kerajinan Anda, pujian rakan sekerja kerana rajin membantu mereka, performance kerja yang cukup-cukup cemerlang.
Atau, simply nak buat rakan sekerja cemburu dengan prestasi kerja Anda yang tak berhenti menceracak ke atas!
Jika Anda seorang usahawan, fikir apa yang Anda nak capai dalam bulan ini, 6 bulan ini, tahun ini. Mungkin, nak memberi perkhidmatan cemerlang, pengikalan yang lebih kaw-kaw, support servis yang cepat, mencipta produk-produk baru, penghantaran yang lebih cepat dan kualiti produk yang lebih baik.
Fokus pada apa yang mahu capai . Sibukkan diri Anda dengannya, jangan sesekali ingat (atau fikir) kata-kata dari orang yang memendang rendah pada Anda sebab ia akan menimbulkan fikiran negatif, elak memikirknya walaupun sedikit.
Bila dah tahu apa yang Anda nak capai, tumpukan perhatian pada proses.
5. Selalu Bersihkan Hati, Sekerap Mungkin.
Hati yang bersih, memancarkan sinar pada cahaya muka.
Ia juga menjadikan Anda senang nak jadi gembira dan senang nak jadi bersemangat, walau besar cemanapun dugaan melanda Anda, walau perit cemanapun orang pandang rendah pada Anda.
Anda boleh bersihkan hati dengan selalu memaafkan kesalahan orang lain, selalu beristighfar, selalu meminta maaf pada kawan-kawan dan selalu bersyukur atas apa yang Anda ada hari ini.
6. Selalu Berfikiran Positif
Biar orang lain pandang rendah, jangan Anda pula yang memandang rendah, elak seboleh yang mungkin. Walaupun pesaing Anda mentertawakan Anda, memperlekeh, mereka belum lagi melihat kekuatan Anda yang sebenarnya, sebab itu mereka memandang rendah.
Fikir positif selalu. Saya berikan contoh.
Anggap mereka memandang rendah kerana..
- Usaha keras Anda hasilnya masih tak seberapa
- Impian Anda asyik bertukar-tukar
- Cakap di dalam hati dan yang di dalam kepala tak serupa dengan yang Anda bikin
- Anda lupa pada Allah, Anda lupa Tuhan yang mengawal rezeki Anda
- Tak mencari keseronokan dalam bekerja, tapi tenggelam dalam stress pula.
- Anda tak tekad mahu menjadikan hari ini hari hari cemerlang saat Anda bangun pagi
- Sebab Anda belum mempamerkan pada mereka hasil dari kejayaan Anda!
Ubah diri Anda hari ini juga.
Walaupun mereka memandang rendah, tapi itu sebenarnya boleh diubah. Bergantung pada sejauh mana keberanian Anda untuk berubah..
Beranikan diri, kuatkan semangat, semarakkan tekad.
Biar LiveStrong . Hidup biar kuat!