Saya agak heran bila ramai orang bertanya cemana nak lupakan kenangan-kenangan pahit yang lalu. Jawapannya cuma satu, lupakan habis!
Memang nampak macam kebudak-budakan, tapi itulah cara yang paling mujarab. Sebaik-baik cara nak let go satu kenangan buruk, adalah dengan melupakannya selupa yang mungkin. Namun, tak semua orang dapat melakukannya dengan baik.
Lupakan saja. Selepas itu, fokus fikiran pada apa yang Anda usahakan di masa kini dan matlamat yang Anda mahu capai Anda di masa hadapan.
Jangan sesekali mengingat masa lalu, kerana berbuat begitu sentiasa menghalang Anda dari berusaha serajin mungkin mencorak kejayaan diri sendiri. Motivasi Anda akan menurun dan Anda jadi kurang bersemangat, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan cabaran getir.
Kerap kali bila kita cuba mengingat masa lalu, akan muncul bayangan di minda seperti sebuah paparan video, imej atau wayang gambar. Cara nak melupakan kenangan ni, adalah dengan ‘memadam’ bayangan tersebut step by step, perlahan-lahan.
Bayangkan kenangan tersebut menjadi kabur, seperti siaran tv yang menjadi kelabu, menjadi semakin kurang jelas dan hanya dipenuhi garisan-garisan hitam. Bayangkan seolah-olah ia menjadi semakin malap, malap, jadi makin malap lalu akhirnya lenyap.
Latih diri Anda melakukan teknik ini, lama-kelamaan minda Anda akan terbiasa lalu dapat melupakan memori pahit masa lalu. Tapi, teknik ini memerlukan ketahanan emosi.
Anda perlu banyak bersabar. Latih diri untuk jadi orang yang benar-benar penyabar, kerana sabar itu adalah salah satu sikap orang-orang bijak dan orang-orang cemerlang.
Orang-orang cemerlang tahu mengawal emosi dan tahu mengawal apa yang bermain di fikiran mereka. Berubahlah menjadi seperti mereka.
Hijrahkan diri ke arah kejayaan masa depan!