Tuesday, September 16, 2008

Work And Play

Mugkin Anda pernah mendengar pepatah work and play. Maksudnya, di kala Anda bekerja, Anda berseronok.

Tapi, bila bos Anda tahu Anda berseronok, banyak main-main time bekerja, sudah tentu Anda berisiko di buang kerja! Namun bukan itu yang saya maksudkan.

Kita jadi lebih bersemangat bila kita rasa seronok. Untuk menjadikan diri kita seronok, kita perlu lebih banyak ketawa dan bermain. More play!

Kan itu lebih baik dari asyik layan tekanan? Dekatkan diri Anda dengan apa saja yang membolehkan Anda bermain, berseronok dan jadi kurang tertekan.

Jika menyanyi boleh buat anda rasa seronok, maka menyanyilah. Kawal vokal Anda, jangan sampai menganggu orang lain pula. Biar syok sendiri-sendiri saja ya..

Jika bermain games boleh buat Anda jadi seronok, cuba main games ketika time rehat tempat kerja Anda.

Jika membaca membuat Anda rasa dibuai keseronokan, luangkan masa membaca ketika masa renggang Anda. Mungkin novel mahupun manga Jepun menjadi teman baik Anda.

Jika memetik gitar membuat Anda seronok, di waktu rehat cuba main dua atau lima lagu, sehingga Anda rasa seronok. Selepas itu, buat tugasan Anda. Emosi Anda akan bertukar menjadi bersemangat dari biasa!.

Dalam sehari, buat apa yang menjadikan Anda seronok, tetapi jangan tinggalkannya kerana ia ibarat mencabut keseronokan dari diri Anda. Kesannya, Anda akan jadi kurang bersemangat. Kurang syok.

Ini adalah rahsia Google, di mana syarikat gergasi internet tu telah dinobatkan sebagai tempat kerja paling best di seluruh Amerika. Sebab? Google menggalakkan pekerja-pekerja berseronok di tempat kerja dan ketika waktu mereka bekerja.

Tak percaya? Anda boleh baca sendiri di internet dan cari videonya di YouTube. Pekerja Google diberikan makanan percuma, gelanggang bola tampar percuma, games komputer percuma, khidmat massage percuma, rawatan klinik professional percuma dan sudah tentu, pengangkutan percuma ke tempat kerja. Kesannya, mereka kurang rasa tertekan bahkan menjadi cukup seronok, tak sabar tiap kali turun bekerja.

Paling utama, mereka memberikan Google, syarikat tempat mereka bekerja komitmen 100%. Mereka sanggup overtime lama, balik lewat dari tempat dan turun bekerja pada hujung minggu!

Pada wajah mereka terpamer motivasi dan kesungguhan bekerja walau apa jua jenis tugas yang perlu dilakukan. Mahu jadi seperti mereka?

Mahu jadi energetik dan sukakan cabaran? Cari apa yang membuat Anda jadiseronok hari ini juga!

Ada keseronokan, sudah tentu ada motivasi.