“Saya tidak mahu pengurus(managers) yang hanya memberi arahan sahaja. Pengurus yang mempunyai keupayaan dan bagus sentiasa dihormati oleh pekerja bawahan beliau. Apabila pekerja menghormati pengurus atau bos, anda akan lihat semua pekerja akan mengikuti beliau dan mereka mahu memperbaiki diri masing-masing bagi selari dengan kehendak bos”.
“Tidak memberikan peluang kepada pekerja-pekerja yang berkemampuan atau yang layak akan menyebabkan de-motivation. Saya mahu melihat mereka yang mampu dan layak maju dan bertambah baik dari masa ke semasa”.
“Ramai orang berkata, masyarakat Malaysia masih dan terus berpegang kepada latar belakang pendidikan adalah lebih baik daripada melihat apa yang sebenarnya boleh dilakukan oleh seseorang itu. Dan cara menilai seperti ini adalah sangat susah untuk diubah. Secara peribadi saya berfikir jika Malaysia masih berpandangan seperti ini maka tidak lebih dari 10 tahun Malaysia akan menghadapi masalah. Saya mahu pekerja disini faham akan fenomena berbahaya seperti ini”.
“Pengurus Malaysia sangat pandai akan tetapi hanya memahami luaran sahaja bagi sesuatu perkara dan juga tidak tahu di bahagian mana yang beliau kurang pengetahuan dan juga kurang kemahiran. Hanya menggunakan otak, tidak menggunakan tenaga dan hati/perasaan, hanya menyuruh membuat kerja tanpa tunjuk ajar dan arahan yang jelas. Dan mereka percaya ini adalah kedudukan sebagai bos walaupun tiada kemahiran. Kepercayaan dan pendirian seperti ini tidak akan menjadikan seseorang itu bagus. Mereka yang tidak faham kemampuan mereka dan kelemahan mereka, tidak akan menjadikan pekerja mereka lebih baik”.
So ini adalah sebahagian dari teks perbincangan yang hendak dikongsikan. Fikirkanlah apa yang terbaik untuk diri sendiri dan syarikat. Tidak dinafikan ramai pengurus di Malaysia mempunyai kemampuan yang boleh memajukan industri ini. Dengan pelbagai latihan dan pendedahan telah diberikan yang sepatutnya menjadikan pengurus dan pekerja lain menjadi lebih baik. Bagaimanapun pandangan saya tempat kerja adalah tempat latihan yang terbaik berbanding kelas dan teori.
Sikap “tak apa” atau memandang sesuatu masalah itu normal akan mengundang bahaya. Dan ini yang selalu terjadi pada kita. Lakukan analisis dan menilai masalah samada perlu diambil tindakan segara atau dirancang kemudian.