Tuesday, September 16, 2008

Membuat Orang Lain Kagum Pada Anda Dengan 7 Komunikasi Asas

Komunikasi interpersonal adalah komunikasi sesama manusia. Komunikasi berlaku di mana-mana saja, di rumah, tempat kerja atau ditempat berniaga.

Bagaimana nak membuat orang lain kagum dengan kita melalui komunikasi ?

Bagaimana nak membuat mereka tertarik pada kita?

Ikuti langkah-langkah ni…

1. Buang sikap mementingkan diri sendiri. Fokus pada melakukan sesuatu untuk memberi manfaat pada orang lain.

2. Fahami kehendak mereka.

3. Dengar luahan hati mereka, jika mereka datang pada Anda untuk mengadu masalah. Dengar saja dulu, beri pendapat kemudian.

4. Pentinglah pergaulan mesra, baik dan harmoni. Sentiasa menjaga perasaan orang lain. Elak sikap suka menyindir, berdendam dan memaki.

5. Jujur dalam kata, perbuatan dan fikiran.

6. Berani mengaku salah sendiri, tidak menyalahkan orang lain tetapi menganggap itu sebagai satu lagi kesilapan diri sendiri.

7. Jadi seorang pemaaf. Ia akan membuat cahaya muka bersinar, lalu membuat sesiapa saja cepat tertarik pada Anda.

Sentuh mereka melalui hati , sebelum menyentuh mereka melalui tangan Anda (bersalaman).

4 Perkara Menyelamatkan Anda Dari Di Pandang Rendah

Orang pandang rendah pada Anda? Cemana nak buat?

1. Biarkan mereka.
Biar mereka dengan pandangan mereka. Walaupun mereka memandang rendah pada Anda, jangan sesekali Anda marah pada mereka, sakit hati atau geram.

jika mereka selalu buat Anda sakit hati, usah di layan. Jangan lawan api dengan api.

Kelak, Anda juga yang merana sendiri.

Kenapa? Sebab apa? Untuk apa? Saya akan beritahu kemudian.

2. Gali Kekuatan-kekuatan Anda
Untuk beberapa minit, duduk dengan beberapa helai kertas dan pen di tangan.

Fikir ke dalam diri, kaji apa kelemahan diri Anda dan kaji apa kekuatan Anda, di mana Anda boleh lakukan sesuatu dengan baik sekali.

Sambil berfikir, tuliskannya di atas kertas. Senaraikan paling kurang 20 kelemahan diri dan 20 kekuatan diri.  Lebih banyak, lebih bagus!

tak semestinya Anda kena fikiran semua sekaligus saat itu juga. Beri masa, relaks. Saat jawapan muncul, tuliskan cepat-cepat.

Baca senarai itu selalu. Anda akan jadi bersemangat setiap kali selesai membacanya.

Tambah, tapi jangan sesekali padam. Maksud saya, biar senarai tu bertambah, tapi jangan ada yang kurang.

3. Berani Berubah

Tekad di dalam minda Anda sanggup nak berubah, Anda berani berubah sikap, attitude, perkataan dan perbuatan.

Niatkan perubahan itu untuk kebaikan masa depan Anda sendiri. Jika kita tak berani berubah dulu, takkan ada sesiapa lagi yang sanggup membantu merubah kita.

4. Tahu Apa Yang Anda Nak Capai.
Fikir apa yang Anda nak capai. Selepas itu, set matlamat.

Bila dah selesai set matlamat, tuliskan apa yang Anda boleh lakukan dalam proses mencapai matlamat itu. Senaraikan langkah-langkah yang Anda fikiran boleh diguna.

Jika Anda seorang pelajar, fikir apa yang Anda nak capai, gred cemana yang Anda mahu, subjek yang Anda nak score, peperiksaan mana yang Anda nak lulus dengan cemerlang.

Jika Anda seorang pekerja, fikir apa yang Anda nak capai di tempat kerja Anda, mungkin pujian bos atas kerajinan Anda, pujian rakan sekerja kerana rajin membantu mereka, performance kerja yang cukup-cukup cemerlang.

Atau, simply nak buat rakan sekerja cemburu dengan prestasi kerja Anda yang tak berhenti menceracak ke atas!

Jika Anda seorang usahawan, fikir apa yang Anda nak capai dalam bulan ini, 6 bulan ini, tahun ini. Mungkin, nak memberi perkhidmatan cemerlang, pengikalan yang lebih kaw-kaw, support servis yang cepat, mencipta produk-produk baru, penghantaran yang lebih cepat dan kualiti produk yang lebih baik.

Fokus pada apa yang mahu capai . Sibukkan diri Anda dengannya, jangan sesekali ingat (atau fikir) kata-kata dari orang yang memendang rendah pada Anda sebab ia akan menimbulkan fikiran negatif, elak memikirknya walaupun sedikit.

Bila dah tahu apa yang Anda nak capai, tumpukan perhatian pada proses.

5. Selalu Bersihkan Hati, Sekerap Mungkin.
Hati yang bersih, memancarkan sinar pada cahaya muka.

Ia juga menjadikan Anda senang nak jadi gembira dan senang nak jadi bersemangat, walau besar cemanapun dugaan melanda Anda, walau perit cemanapun orang pandang rendah pada Anda.

Anda boleh bersihkan hati dengan selalu memaafkan kesalahan orang lain, selalu beristighfar, selalu meminta maaf pada kawan-kawan dan selalu bersyukur atas apa yang Anda ada hari ini.

6. Selalu Berfikiran Positif
Biar orang lain pandang rendah, jangan Anda pula yang memandang rendah, elak seboleh yang mungkin. Walaupun pesaing Anda mentertawakan Anda, memperlekeh, mereka belum lagi melihat kekuatan Anda yang sebenarnya, sebab itu mereka memandang rendah.

Fikir positif selalu. Saya berikan contoh.

Anggap mereka memandang rendah kerana..

  • Usaha keras Anda hasilnya masih tak seberapa
  • Impian Anda asyik bertukar-tukar
  • Cakap di dalam hati dan yang di dalam kepala tak serupa dengan yang Anda bikin
  • Anda lupa pada Allah, Anda lupa Tuhan yang mengawal rezeki Anda
  • Tak mencari keseronokan dalam bekerja, tapi tenggelam dalam stress pula.
  • Anda tak tekad mahu menjadikan hari ini hari hari cemerlang saat Anda bangun pagi
  • Sebab Anda belum mempamerkan pada mereka hasil dari kejayaan Anda!

Ubah diri Anda hari ini juga.

Walaupun mereka memandang rendah, tapi itu sebenarnya boleh diubah. Bergantung pada sejauh mana keberanian Anda untuk berubah..

Beranikan diri, kuatkan semangat, semarakkan tekad.

Biar LiveStrong . Hidup biar kuat!

Friday, September 12, 2008

RADIO ANAK PERLIS ONLINE SEMPENA RAYA





http://72.8.134.73:9060/listen.pls

Tuesday, September 9, 2008

Research Proposal Preparation


Research Proposal Preparation

From: missan, 6 months ago





2k60514: A telecon presentation for the students of PGD in Higher Education


SlideShare Link

Monday, September 8, 2008

LAGU RAYA

lagu-lagu raya

SALAM AIDIL FITRI DARI ANAK KU

RESEPI RAMADHAN 11:RENDANG TOK

Bahan-bahan
1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa [dipotong nipis] >> kakliza x masukkan sebab anak2 tak suka..
3 s/b gula merah
3 keping asam keping
Daun kunyit [koyakkan]
garam

Bahan mesin
2 s/b ketumbar
1 s/b jintan manis
1 s/b jintan putih
1 s/b lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas
Cara Memasak
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]
5. Hidangkan.

Sunday, September 7, 2008

RESEPI RAMADHAN 13:SWEET-SOUR KETAM

Bahan-bahan
4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]
3 s/b minyak masak
3 s/besar sos cili
6 s/b sos tomato
1 cawan air
1 s/k garam
1 s/b gula
1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu]
2 biji tomato [dibelah]
1 biji telur [pukul sikit]
1 pokok daun bawang [mayang 1 inci]

Bahan hiris
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh.
3. Masukkan garam dan gula sedikit.
4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata.
6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.
7. Masukkan dalam pinggan besar..

RESEPI RAMADHAN 12:DAGING MASAM MANIS

Bahan-bahan
500 daging [hiris nipis]
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
kunyit
garam
minyak

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Cara Memasak
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.

RESEPI RAMADHAN 10:SUP TULANG ala MAMAK

Bahan-bahan
1 kg tulang
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya

Bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga
Cara Memasak
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang

RESEPI RAMADHAN 9:DAGING GORENG LADA HITAM

Bahan-bahan
500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan ]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

RESEPI RAMADHAN 8:HATI GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan

300 gm hati lembu [ potong kecil & nipis]
2 biji bawang besar - dihiris bulat2
2 biji tomato buah [belah 4
3 biji lada hijau [potong 2 serung]
5 urat kacang panjang [potong pendek]
kobis bulat [potong kasar]
daun kari
minyak
garam

Bahan mesin
3 cm halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 s/b rempah kari daging
1 s/b jintan manis

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari . Masukkan bahan mesin dan kacau sehingga naik minyak.
2. Masukkan hati lembu.. Kacau sebati dan biarkan reneh sehingga naik minyak.
3. Masukkan kacang panjang dan kobis.
4. Masukkan bawang hiris, lada hijau, tomato dan garam.
5. Kacau lagi dan biarkan naik minyak semula.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

NOTA:
sesuai untuk masakan orang semasa mengandung dan juga dalam pantang melahirkan anak..

RESEPI RAMADHAN 7:IKAN 3 RASA

Bahan-bahan

1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung [untuk salut ikan]
1 labu bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ]
1 s/b halia
Minyak untuk goring ikan

Bahan Sos
½ cawan sos toamto
3 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
3 s/b air
1 s/k gula

Bahan Hiasan
1 pokok daun bawang [potong 3 - 4 cm]
2 biji cili merah ]
2 biji cili hijau ] mayang
2 biji buah tomato [belah 4

Cara Memasak

1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.

RESEPI RAMADHAN 6: IKAN BAKAR TOMYAM

Bahan-bahan

2 ekor ikan selar
daun limau purut
jus limau nipis atau kasturi
aluminium foil

Bahan Mesin
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
3 tangkai serai
1 biji tomato
garam

Cara Memasak

1. Gaulkan semua bahan mesin dan letakkan dalam aluminium foil.
2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Bungkus kemas.
3. Bakar diatas dapur atau dalam oven suhu 200'C selama 20 minit.
4. Perahkan limau semasa menghidang.

RESEPI RAMADHAN 5: AIR ASAM MANGGA ( Untuk IKAN PARI BAKAR )

Bahan-bahan

1 biji mangga muda [parut]
5 tangkai cili merah
10 tangkai ciliapi
4 cm belacan
1/2 cawan air asam jawa

Cara Memasak

1. Masukkan semua bahan kecuali mangga dalam blender dan mesinkan sekejpa.
2. Masukkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan mangga muda.
3. Hidangkan dengan ikan bakar.


Saturday, September 6, 2008

RESEPI RAMADHAN 4: PRATHA PUFF AYAM



uols suka makan puff kan? Nak-nak doh dia menggebu naik tapi tak syiok kalau terlalu berminyak. Tak sihat jugak. Kadang-kadang payah jugak nak menguli bagai bagi ayah-ayah yang bekerja macam aku. Jadi, alternatifnya ialah; menggunakan Pratha segera cap KAWAN!!!! Dalam 2 peket pratha segera tu bolehla dapat dalam 20 keping puff. Kalo nak kecikkan (jimatkan) lagi, sekeping pratha tu bolehla dibagi 3. Intinya ikutlah selera masing-masing. Nak buat savoury boleh, manis pun boleh Jah oiii… Boleh buat inti macam Apple Struddle, karipap, sardin, sosej, ayam dan macam-macam lagilah. Kali ini aku buat inti guna isi ayam yang dicincang. Jom kita lihat bahan-bahannya.


Pratha segera Cap KAWAN

Telur 3 biji
Isi ayam dicincang 500 gram
Sayur campur didadu (dalam peket frozen) 500 gram
Serbuk perasa /garam/ lada sulah
Bawang besar, bawang putih
2 sudu makan sos tiram
Sedikit tepung jagung

Cara membuat Inti:

Tumiskan dulu bawang-bawang yang sudah dicincang halus sampai wangi dan layu.
Masukkan isi ayam cincang dan gaul rata.
Bila ayam dah empuk masukkan sayur campur. Gaul sebati.
Masukkan sos tiram, serbuk perasa, garam, lada sulah.
Pecahkan 2 biji telur
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul sampai pekat.


- Letakkan sedikit inti pada Pratha tadi.

- Lipat dan gunakan garpu untuk mengelim hujung pratha.

- Telur yang sebijik lagi dipukul dan sapukan atas pratha dan bakar.

- Suhu: 250 darjah celcius, Tempoh: 15 minit atau sampai pratha garing kekuningan.


Senang tak? Selamat menikmati keranggupan pratha puff, so kita enjoy!!

Friday, September 5, 2008

Resepi Ramadhan 3: Masak Lemak Kulit Tembikai

Resepi dari emak aku. Masa aku kecik-kecik selalu bangun sahur mak masakkan sayur lemak ni. Aku ingat timun ke apa ke..rupanya kuli tembikai....dari buang saja kulit tembikai yang isinya kita makan semasa berbuka lebih baik buat masak lemak...sedap...Kalau tak percaya cubalah....Sampai sekarang saya masik masak resepi ni kalau ada buah tembikai kat rumah...anak anak seronok makan...lembut...masak lemak boleh..masak sayur biasa pun boleh..kalau campur sedikit ayam lagi bagus..

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )
kulit buah tembikai - di hiris memanjang
buang bahagian hijau pekat..ambik bahagian dalam sahaja
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

satu peket santan pekat
serbuk cili dan sedikit air di satukan
2-3 biji bawang besar dimayang
garam & gula secukup rasa

Cara-cara
kisar cili, bawang merah & bwg putih
tumis bahan kisar sehingga naik minyak
masukkan kulit tembikai
masukkan santan, garam & gula
renihkan seketika, masukkan bawang besar
tutup api, sedia utk dihidang

*Masukkan sedikit ayam untuk tambahkan perisa.

Resepi Ramadhan 2: Daging Kicap Bercili

Resepi dari arwah nenek. Masakan yang agak pedas & 'hangat'. Sesuai juga dimakan dgn nasi minyak...Aku masak simple je untuk wife dan anak anak..Akutak boleh duduk diam bualn pos ani....nak juga memasak..

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )
500g daging batang pinang - di hiris
15 tangkai cili kering
1/2 camca teh jintan besar
1/2 camca teh jintan kecil
1 camca teh lada hitam
1/2 inci halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
kicap pekat
sedikit air asam jawa
2-3 biji bawang besar dimayang
garam & gula secukup rasa
Cara-cara
kisar cili, jintan, lada hitam, halia, bwg merah & bwg putih
tumis bahan kisar sehingga naik minyak
masukkan daging
masukkan air asam jawa, kicap, garam & gula
renihkan seketika, masukkan bawang besar
tutup api, sedia utk dihidang

Resepi Ramadhan 1 : Mushroom soup

Mushroom soup ala2 pizza huts.. bole buat kat rumah ajer . memang best!!! mcm yg dalam tin, sampai wife dan anak2 ingat masak yg dalam tin..he he..cubalah..

Bahan-bahan ( 6 org )
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum

Cara-cara
potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.

LAGU RAYA UJI RASHID

LAGU RAYA SITI NURHALIZA

LAGU RAYA SHARIFAH AINI

Thursday, September 4, 2008

29 Lagu-Lagu Raya vol.2

Klik link di bawah untuk download
Lagu-Lagu Raya vol.2
- antara lagu Raya yang ada -

Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang
Sanisah Huri - AidilFitri
Raihan, Rem, Ajai & Now See Heart - Lebaran Ini
S Jibeng - Musafir Di Hari Raya
Saloma - Aidilfitri Hari Mulia
Saloma - Manusia Miskin Kaya
Saloma - Selamat Hari Raya
Sanisah Huri - Selamat Hari Raya
Senario - Behari Raya
Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
Sheila Majid - Hari Mulia
Spider - Rindu Raya
Spider - Satu Hari Di Hari Raya
Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
Sudirman - Selamat Hari Raya
Sweet September - Hari Raya Tetap Tiba
Syarifah Aini - selamat hari raya
Takbir Hari Raya
Toy's - Inilah Harinya
Ujang - Syahdu Di Pagi Raya
Uji Rashid - Doa Di Hari Mulia
Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya
Utama - Riang Ria Di Hari Raya
Wings - Hari Raya Yang Mulia
Wings - Keroncong Hari Raya
Zaiton Sameon - Lebaran Yang Mulia
Zalifah Ibrahim & M Shariff - Hari Raya
Zamani - Takbir Memecah Hening
Zamani Slam - Suasana Hari Raya

Dizay - Ramadhan Yang Indah


Lagu baru khas untuk bulan Ramadhan
Muaturun, klik jerr tajuk lagu..
Dizay - Ramadhan Yang Indah

Bertekuk lututku disini
Dan memanjatkan doa
Bersembah sujudku ini
Hanya untuk-Mu Allah

Ku hanya mahluk ciptaan-Mu
Yang berlumur dosa
Ampuni segala kesalahan
Tunjukkan jalan surga-Mu

Ramadhan ini bulan yang sangat indah
Bulan yang suci 'tuk melebur dosa

Ramadhan ini bulan yang sangat indah
Panjatkan doa atas Allah semata

TRACK ALBUM DARI SITI NURHALIZA

Musibah bukan makna kita dizalimi

ADA manusia yang menyangka apabila Allah Taala menurunkan suatu musibah kepada dirinya, dia menganggap itu suatu petanda Allah mahu menghinanya. Ramai pula orang lain yang memusuhinya akan menuduh dengan pelbagai spekulasi.

Mereka akan berkata: Oh, begitulah akibat yang menimpa orang yang zalim, Allah menghinanya. Seperti tertulis dalam firman Allah Taala bermaksud: Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya, lalu memuliakannya dan diberinya kesenangan, maka dia berkata:Tuhanku memuliakanku. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata: Tuhanku menghinaku.(Surah al-Fajr: Ayat 15 dan 16)

Lebih teruk lagi ada pula yang percaya bahawa penyebab musibah itu daripada kuasa hebat seorang manusia. Pernah diceritakan kepada saya ada seorang hamba Allah yang menziarahi masjid wali-wali di Indonesia, tiba-tiba sakit kononnya kerana dia tidak percaya kuasa ghaib di kubur wali itu. Lahawla wala quwwata illa billah, apakah yang mendatangkan sakit itu adalah wali? Sungguh kepercayaan karut sebegini mampu memusnahkan akidah.

Musibah yang menimpa anda bukanlah kerana buatan manusia yang memiliki kuasa atau ilmu tertentu. Ia hanyalah datang daripada Allah Taala bagi membawa khabar gembira bahawa Dia sentiasa merahmati anda.

Boleh jadi jika anda tidak disentuh musibah, anda akan cepat lupa dan tak perasan langsung dengan kewujudan Allah Taala dalam kehidupan anda. Jika anda merintih disebabkan hati yang hancur mengenangkan nasib, kemudian mengadu kepada Allah Taala dan percaya bahawa Dia akan menghapus luka itu dan menggantikan musibah itu dengan anugerah yang lebih baik, maka sesungguhnya saat seperti ini iman dan keyakinan anda kepada Allah Taala berada di atas kemuncak yang paling tinggi.

Tiada yang lebih menggembirakan Allah Taala melainkan suatu saat ketika Dia mendengar tangisan penyesalan dan keluhan orang yang mahu meminta pertolonganNya. Allah suka melihat hamba-Nya mengaku lemah dan tidak berdaya.

Allah juga menyukai hamba-Nya yang mengaku bahawa kekuatan dan kekuasaan itu hanya milik Allah SWT. Rancanglah sebaik mungkin, tetap tertulis, kuasa Allah saja yang menentukan nasib kita.

Antara adab ketika ditimpa musibah ialah:

  • Percaya bahawa Allah Taala tidak sesekali akan menzalimi diri anda.

Jika manusia mahu menerima musibah itu umpama suatu teguran, dia tidak akan cepat melatah seraya berputus asa. Bahkan dia sanggup menerimanya umpama satu cambukan yang membangkitkan semangat bagi memperbaiki diri.

Allah SWT tidak sesekali menzalimi hamba-Nya. Ujian itu tujuannya adalah untuk membelai hati supaya lebih sensitif, peka dan waspada atas segala kesilapan yang dilakukan. Allah SWT sayang kepada anda dan mahu anda berada dekat di sisi-Nya ketika lemah dan perlukan pertolongan.

  • Meyakini musibah itu menyimpan rahmat besar di sebaliknya.

Allah Taala akan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik dan pasti akan menghapuskan kesakitan dengan kegembiraan. Mungkin ketika anak kecil kita meninggal dunia, kita akan lebih menyayangi anak kita yang lain.

Allah SWT menggantikan kehilangan satu jiwa dengan menghidupkan jiwa anak kita yang lain dengan iman kerana kita menjaga dan mendidik mereka dengan lebih teliti. Saat sakit yang menghampirkan nyawa ke hujungnya kita tidak mengeluh menyalahkan Tuhan akan nasib malang menderita kesakitan yang teramat sangat, bahkan menelannya dengan reda atas ketentuan-Nya sambil mengingat kembali terlalu banyak nikmat Allah yang selama ini dikecapi.

Apabila kembali sihat, bertambahlah kesyukuran itu. Lantas kita melipatgandakan ibadat kerana tidak mahu kehilangan satu saat pun di sepanjang usia kita. Bukankah semua musibah itu boleh diterima sebagai rahmat? Bukannya seksaan dan kekejaman Tuhan?

  • Banyak mengingat nikmat Allah yang sudah dirasai.

Ketika sedih eloklah kita membaca surah al-Duha yang akan menghapus rasa sedih dan putus asa. Nabi SAW pernah bersedih kerana terputusnya wahyu agak lama. Suatu hari Ummu Jamil, isteri Abu Lahab mencela Rasulullah SAW dengan katanya: Nampaknya kawan kamu itu meninggalkan kamu dan memboikot kamu. Lalu Allah Taala menurunkan surah Al-Dhuha dengan firman-Nya bermaksud: Tuhanmu tidak sesekali meninggalkanmu dan tidak pula membencimu.

Mengapa kita berasa Allah meninggalkan dan membenci kita ketika musibah datang? Perasaan ini sebenarnya berasal daripada hasutan syaitan supaya kita berputus asa dari rahmat-Nya. Firman-Nya lagi dalam surah al-Duha yang bermaksud: Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagimu dari kehidupan dunia. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu lalu kamu reda.

Ayat ini seolah-olah memujuk kita supaya tabah dan menganggap kecil segala urusan dunia jika dibandingkan dengan akhirat. Ia juga menyuruh kita untuk yakin dengan janji Allah SWT yang akan menggantikan kesusahan dunia dengan kesenangan akhirat yang abadi.

Kemudian Allah SWT berfirman lagi dalam surah al-Duha bermaksud: Bukankah Dia mendapatimu sebagai anak yatim, lalu Dia melindungimu. Dia mendapatimu sebagai orang yang kehilangan arah lalu memberi petunjuk bagimu. Dan Dia mendapatimu sebagai orang yang serba kekurangan lalu mencukupimu.

Hati kita pasti kembali disentuh dengan kalimah yang begitu menghiris perasaan. Betapa Allah SWT amat mengasihani diri yang tidak memiliki apa-apa ini. Jika boleh ditimbang yang manakah lebih banyak, musibah atau nikmat yang kita rasai di dunia ini?

Sungguh biadapnya lidah yang pernah berkeluh-kesah dan hati yang tidak mahu bersyukur di atas segala ketentuan-Nya.

  • Segala sesuatu akibat daripada perbuatan tangan yang zalim.

Apakah dosa kita sehingga harus menerima musibah ini? Soalan sebegini bukan bermaksud tidak reda dengan ketentuan Allah SWT, tetapi lebih kepada sikap mencari keaiban diri dan mahu bermuhasabah untuk lebih mempertingkatkan iman dan amal salih.

Sudah pasti setiap sesuatu menyimpan hikmah di sebaliknya. Terpulang kepada diri sendiri bertanya, apakah menerima musibah sebagai suatu peringatan daripada Allah SWT atau langsung membutakan mata dan hati atas kesilapan yang pernah dilakukan?

Lidah boleh menafikan sekeras-kerasnya, tetapi hati dapat berasa di manakah salah silapnya. Hanya orang yang kuat imannya yang mampu menjawab setiap hikmah di sebalik setiap musibah. Tiada manusia yang lepas dari ujian hatta Nabi dan Rasul.

Bahkan Nabi dan Rasul menerima ujian yang jauh lebih berat dan tidak mampu dipikul oleh manusia biasa. Bukan bermakna ujian itu merendahkan iman seseorang, bahkan ia akan melonjakkannya ke tempat yang paling tinggi.

Berbahagialah orang yang diuji jika mereka reda dan sedikitpun tidak berubah hati kepada Allah Taala. Kita perlu membuktikan kepada Allah SWT bahawa diri ini tidak pernah berubah di dalam mencintai-Nya, biar senang ataupun susah.

Tuesday, September 2, 2008

PHOTO ANAK-ANAK KU

Abah dan anak2 di Putrajaya
Aliff dan Athirah

Athirah dengan hadiahnya di sukan tadikanya di kinrara..aliff menumpang je..


Dari Kiri Mohamad ALiff Fahmi 3 tahun, Siti Nurathirah 6 tahun dan Siti Nuraliah 8 tahun




ALiff di Putrajaya Water Park

Sunday, August 31, 2008

SELAMAT DATANG RAMADHAN 1429 HIJRAH

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
1 8) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
2 8) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
3 8) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.

Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.


Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan
untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin…. Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.

Wallahua’llam.
SELAMAT BERPUASA

Ramadan 2008 / 1429 - The Muslim Month of Fasting

Ramadan is the ninth month of the Muslim calendar. It is during this month that Muslims observe the Fast of Ramadan. Dates for Ramadan 2008 (or 1429) are 01 - 30 September.

Coinciding with Ramadan, we produce a booklet for the Christian world called, “30-Days Muslim Prayer Guide” (which can be ordered here ).

The first evening of Ramadan
In many places around the world Muslims will be looking to the heavens this evening. They will be interested in knowing if they will be able to see the crescent moon. If it is visible this will be the signal for the beginning of the month of Ramadan. (In most countries religious authorities will make a proclamation concerning the beginning of Ramadan). No fasting will take place till tomorrow morning. Muslims will rise early to eat their breakfast before the day begins. Afterwards they will not have anything else to eat or drink till nightfall. This will be their daily experience during the next 30 days.

Fasting - Ramazan
Fasting is one of the Five Pillars of the religion of Islam and one of the highest forms of Islamic worship. Abstinence from earthly pleasures and curbing evil intentions and desires is regarded as an act of obedience and submission to God as well as an atonement for sins, errors, and mistakes. Called Ramadan (or Ramazan), Muslims fast during this holy month from the moment when it first starts to get light until sunset. Muslims fast as an act of faith and worship towards Allah, seeking to suppress their desires and increase their spiritual piety. Fasting together as a worldwide community - Ummah - affirms the brotherhood and equality of man before Allah.

Islamic Calendar
The Islamic calendar is based on the lunar cycle. The month of Ramadan is the ninth month and begins with a combination of the sighting of the new moon and astronomical calculations. The exact time of Ramadan sometimes varies from place to place as some rely heavily on the moon sightings while others depend on science. An Imam (Muslim holy man) will declare the exact time of Ramadan just prior to its commencement. The fasting period ends upon the sighting of the next new moon, which occurs after 29 or 30 days.

The lunar cycle changes each year. For example, this year Ramadan will be 01-30 September, but last year the dates for Ramadan were 13 September thru 12 October. (See our Islamic Calendar article for details .)

The Meaning of Ramadan
The name Ramadan is derived from the Arabic word ramida or ar-ramad, denoting intense scorching heat and dryness, especially the ground. From the same word there is ramdaa, meaning ’sunbaked sand’ and the famous proverb Kal Mustajeer minar ramadaa binnar - to jump out of the frying pan into the fire. Some say it is so called because Ramadan scorches out the sins with good deeds, as the sun burns the ground.

The Special Feeling of Ramadan
Ramadan brings out a special feeling of emotional excitement and religious zeal among Muslims of all ages. Though fasting is mandatory only for adults, children as young as eight willingly observe fasting with their elders. Children look forward to the excitement of sighting the moon and eating special meals with their families. Adults appreciate the opportunity to double their rewards from God and seek forgiveness for past sins. As Ramadan emphasizes Muslim brotherhood and community all feel a particular closeness.

Muslims have to change their whole physical and emotional selves during this 30 long days of fasting. A typical day of fasting begins with getting up early, around 4:30a.m. and sharing a meal called Sahur together before the fast begins at dawn, about 5:10a.m. As dawn breaks, the first of five daily prayers, Fajr, is offered.

As the day proceeds, fasting Muslims are constantly bombarded with messages from their stomachs that it is time for breakfast, snack, lunch, and so on. And each time, Muslims remind themselves that they are fasting for the sole purpose of pleasing Allah and seeking his mercy. They offer the second and third prayers during early and late afternoon, respectively.

Fasting helps one to experience how a hungry person feels and what it is like to have an empty stomach. It teaches one to share the sufferings of the less fortunate. Muslims believe that fasting leads one to appreciate the bounties of Allah, which are usually taken for granted - until they are missed!

Throughout the day Muslims are encouraged to go out of their way to help the needy, both financially and emotionally. Some believe that a reward earned during this month is multiplied 70 times and more. For this reason, Ramadan is also known as the month of charity and generosity.

To a Muslim, fasting not only means abstaining from food, but also refraining from all vice and evils committed consciously or unconsciously. It is believed that if one volunteers to refrain from lawful foods and sex, they will be in a better position to avoid unlawful things and acts during the rest of the year.

Breaking The Daily Fast During Ramadan
The fast is broken at sunset. The Prophet Muhammad recommended breaking the fast with dates. Muslims are urged to invite others to break the fast with them. These gatherings are called Iftar parties.

Just after breaking the fast, and before dinner, Muslims offer the fourth of the five daily prayers, which is called the Maghrib prayer. After dinner, Muslims go to their houses of worship, called Mosques, to offer the Isha prayer, which is the last of the five daily prayers. The day ends with a special voluntary prayer, the Taraweeh, offered by the congregation reciting the Qur’an, the holy book of Islam.

The Last 10 Days of Ramadan
The last ten days of Ramadan are considered highly blessed, especially the 27th night which is also called the ‘Night of Power’, or the ‘Night of Destiny’. It is believed that on this night the prophet Muhammad received the first revelation of the Qur’an. For many Muslims, this period is marked by a heightened spiritual intensity and they may spend these nights praying and reciting the Qur’an.

After 30 days of fasting, the end of the month of Ramadan is observed with a day of celebration, called Eid-ul-Fitr. On this day, Muslims gather in one place to offer a prayer of thanks. It is traditional to wear new clothes, visit friends and relatives, exchange gifts, eat delicious dishes prepared for this occasion, and wait patiently for the next year.


Perpaduan Teras Kejayaan (Merdeka 51)



Lagu 'Perpaduan Teras Kejayaan'
Sempena Sambutan 51 Tahun Kemerdekaan

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

INTRO

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

MUSIC BRIDGE

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

CHORUS

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan


LAGU CIPTAAN : PAK NGAH

LIRIK CIPTAAN : LOKGHA

Friday, August 29, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Ramadhan

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat semua muslimin Dan muslimat. Syukur alhamdulillah, umur Kita dipanjangkan untuk terus menikmati bulan Ramadhan yang penuh berkat pada tahun ini. Saya ingin memohon ampun Dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala salah Dan silap saya selama ini.

Bulan ramadhan semenjak aku boleh mengingat, tak pernah gagal untuk mengubah corak kehidupan aku. Bulan yang sentiasa di nanti-nantikan selain bulan syawal. Bulan ramadhan walaupun berpuasa, adalah bulan yang paling meriah terutamanya pada zaman kanak-kanak aku dulu. Aku sebelum bersekolah tinggal bersama tok Dan tok wan kat kampung, Pak sedara Dan mak sedara masa TU semua remaja-remaja lagi. Aktiviti bulan puasa yang tak sah tak dibuat oleh budak-budak zaman “dulu” yang nostalgia sekali pada aku pasang pelita tiap-tiap malam, main mercun, perang mercun, meriam buluh, meriam katak, meriam TNB pun Ada heheh, tapi dah maju sket merian TNB nih, moreh yang paling menarik sekali, bertukar-tukar makanan dengan jiran tiap-tiap petang tak pernah miss, mengacau mak ngan tok buat kueh, dulu buat bahulu bukan stail skang, api atas bawah, berasap satu rumah, shopping baju raya, dah shopping mesti kene sorok dalam almari berkunci, kalau tak asyik nak try jer wakakaka. Dulu tak macam sekarang, walaupun lepas raya, baju baru simpan, pakai time-time nak keluar Bandar jer, err.. Bandar ke, pekan kot. Itu puasa zaman dulu, kalau nak dicerita panjang, memang sehari pun tak habis aku menaip hehe. Tahun ini, seperti tahun-tahun sebelum ini, juga bakal menjanjikan sesuatu yang menarik. Dan seperti tahun-tahun sebelum ini aku berazam utk kuruskan sambil banyakkan ibadat :-D

Niat puasa:

Nawaitu souma ghadin an adai fardhi ssyahri ramadhaana haazihi ssanati (kulluhu) lillahi taala

Sahaja aku puasa esok Hari, kerana menunaikan kewajipan pada bulan ramadhan pd tahun ini (seluruhnya) kerana ALLAH taalaa

Selamat berpuasa semua, maaf zahir Dan batin ;-)



P SAVE PAPER! - Please do not print this e-mail unless necessary






Persediaan menghadapi bulan Ramadhan al-mubarak

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)


Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan :
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan,
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.


Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah


wallahualam

LAGI GAMBAR BERKAITAN PERSIDANGAN JIMB DAN JAMUAN SEKRETARIAT DI DANGA BAY

Di Lobby Swiss Garden Resort Kuantan dengan gadis SPA

Semasa majlis BBQ Dinner

Jamuan di Restoran Singah Selalu, Danga Bay, JB

Di Danga Bay


Tuesday, August 12, 2008

MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru..

Berikut adalah penjelasan bagi kes mandi malam.

Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.

Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm.

Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastic transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke??

Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan

hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.

Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan "Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ". Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam.

Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata

"badan dah panas, nak buat apa!". Begitulah kata-kata orang yang degil.

kesan minum air batu

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di

atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar g elas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di

udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esophagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).

Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan

alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam

alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain..

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.

Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.

Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih

tajuk yang berkaitan bagi Pr ojek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya..

Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin

namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling

menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan

pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom "kalah sejuk" iaitu antara pelbagai

kesan dari masalah paru-parunya.

Dengan ini dirumuskan bahawa:-

MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru..

Wednesday, August 6, 2008

Penghalang terjalinnya kasih sayang


Semua orang inginkan kasih sayang.Anak-anak suka kalau mereka dikasihi oleh ibu dan ayah.Isteri berbahagia jika mendapat pembelaan dari suami. Suami pula bangga mendapat layanan dari si isteri. Rakyat puas hati mendapat perhatian dari pemimpin. Tapi terbukti dalam kehidupan manusia hari ini,sudah tandus kasih sayang. Mana perginya kasih sayang?Apa yang menjadi penghalang dari terjalinnya kasih sayang?

Antara perkara-perkara yang menjadi penghalangnya Ialah :

1) Sifat-sifat mazmumah: Misalnya sombong, membesar-besarkan diri di depan orang lain. susah untuk bermesra, tidak merendah diri kagum dengan kebolehan diri sendiri dan berbagai sifat mazmumah lain mendorong dirinya untuk berkrisis dengan orang lain.Dia susah menerima pandangan orang atau susah untuk mengalah. Sifat yang ada pada dirinya menghalang orang untuk menyayangi seterusnya menyukai dirinya. Malah menyebabkan orang semakin benci padanya.

2) Kasih sayang tidak dapat disuburkan kerana kejahilan. Masing-masing tidak tahu pentingnya kasih sayang disuburkan dan tidak tahu bagaimana cara memberi kasih sayang tersebut. Anak-anak meninggi suara bila bercakap dengan ibu dan ayah. Ayah dan ibu pula suka berleter dan berkasar dengan anak-anak dan sebagainya. Begitu juga anak murid tidak pandai menghormati guru sementara guru tidak pandai mengambil hati anak muridnya.

3) Tidak sabar dengan ragam kawan-kawan.Semasa berkawan tentu ada kesilapan sama ada yang sengaja mahupun yang tidak sengaja dilakukan oleh kawan-kawan, .. Kalau kita benar-benar hendak menjaga agar persahabatan dan kasih sayang tidak retak, maka kesilapan itu mestilah dimaafkan. Kita mesti mempunyal sikap bertolak ansur. Jika tidak sabar dengan ragam mereka dan tidak boleh berlebih kurang, sudah pasti berlakulah bermasam muka atau menjauhkan did. Lalu hilanglah kasih sayang yang terjalin sebelumnya.

4) Sangat mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan perasaan atau kepentingan orang lain. Melalui pengalaman kita sendiri walaupun kita ingin disayangi orang, kita juga sangat mementingkan diri sendiri. Kita kurang bersimpati dengan kesusahan orang lain dan tidak sibuk untuk memikirkan tentang nasib orang lain.Kita lebih memikirkan nasib diri dan keluarga kita sahaja.Kesusahan orang langsung tidak dipedulikan.Kadang-kadang ada jiran tetangga yang tidak makan,pun tidak dihiraukan.Tiada belas kasihan dan simpati terhadap keperitan yang ditanggung oleh orang lain.Masing-masing memikirkan hal sendiri.Akhirnya tidak tercetuslah kasih sayang di dalam masyarakat.


5) Rasa fanatik terhadap kaum atau kelompok sendiri dan memandang rendah pada puak yang lain. Bilamana manusia mengikutkan rasa melebihkan puak, dengan sendirinya manusia akan memandang rendah pada puak lain. Masing-masing saling berlumba-lumba untuk menaikkan puak sendiri dan sanggup menjatuhkan puak lain. Maka tertutuplah pintu-pintu yang boleh mencetuskan kasih sayang di antara sesama manusia.

Pemimpin yang bertelagah ada lah Pemimpin yang buruk Akhlaknya.

Pemimpin yang cerdik ialah pemimpin yang pandai menyorokkan rahsia krisisnya dengan orang lain.Sebabnya pemimpin yang berkrisis ialah pemimpin yang tidak baik akhlaknya. Dan ini kalau rakyat tahu akan menjejaskan nama baiknya. Bila rakyat tahu tentang krisis pemimpin umumnya mereka kan menilai mengikut penilaian pembawa berita ya itu media. Sedikit sangat yang ambil sikap untuk mengkaji sendiri dan buat petrimbangan yang lebih adil. Kalau orang media (pembawa berita) itu adil tidak mengapa lah. Tapi kalau media fasik, mereka akan riuh rendahkan rakyat dengan kefasikan nya. Kebenaran tidak wujud. Dalam keadaan ini mustahil kita boleh dapat keamanan, kemakmuran dan keselamatan yang konon di perjuangkan oleh semua pemimpin pemimpin.
Memandangkan mass media kita hampir semuanya bukan berjalan atas dasar menegakkan hukum Allah, maka tidak susah bagi mereka untuk berani mebuat berita berita fasik, sebab bila seseorang tidak bercita cita untuk tegakkan hak Allah, maka dia berjalan atas kepentingan lain.Mereka tidak takut dosa, ertinya tidak takut untuk buat salah besar. Walhal akibat dari itu krisis tambah sengit dan rakyat resah dan gelisah. Sebab itu Allah berpesan yang bermaksud:" Wahai orang orang yang beriman, apabila datang orang fasik membawa berita maka hendaklah kamu selidik." (Al Hujurat:6). Satu keburukan yang lebih banyak ialah apabila musuh campur tangan. Allah sudah beritahu tentang adanya musuh. Firmannya yang bermaksud: "Sekali kali tidak redha Yahudi dan Nasrani hingglah engkau ikut agama mereka (cara hidup)." (Al Bagarah:120) Selalunya bila kita sesama sendiri berpecah musuh sebenarnya dapat kesempatan baik untuk melanjutkan keinginannya menghancurkan kita. Sebab itu lah salah faham di antara kita usah di umumkan.

Mengapa rasa diri hina?





MERASA diri hina dan tidak berguna di sisi manusia dan makhluk di tegah olih Allah.Ia merupakan sifat terkeji yang patut dijauhi.Firman nya yang bermaksud:-
"Janganlah kamu takut pada seseorang makhluk tapi takutlah kepada Ku."(Al Maidah: 44).
" Janganlah kamu rasa terhina dan sedih padahal kamulah yang tinggi selagi kamu beriman." (Ali Imran: 139)

Rasa hina dan rasa lemah hanya dibenarkan oleh Allah kepada kita ialah terhadap diriNya. Kita di perintahkan untuk rasa hina dan lemah hanya di sisi Allah.Kita tidak boleh merasa hina dan lemah di sisi manusia.Tiada sebab mengapa kita mesti melihat ada manusia lain lebih hebat dari kita sehingga kita takut dan rasa terhina di hadapanya.Jangan sampai kita menghina diri pada sebarang makhluk.Kerana di sisi Allah, manusia itu sama saja kecuali hamba hamba Nya yang bertaqwa. Orang bertaqwa lebih mulia daripada orang yang tidak bertaqwa.Siapa yang lebih taqwanya, lebih tinggilah darjatnya di sisi Allah.
FirmanNya yang bermaksud "Semulia mulia kamu di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa di kalangan kamu." (Al Hujarat: 13)

Maka kalau begitu tidak boleh kita mengukur kemuliaan seseorang kerana ilmunya, jawatan, kekayaan, keturunan dan lain lain lagi.Lagilah tidak boleh kita merasa diri hina, lemah dan kurang di hadapan seseorang yang lebih tinggi jawatannya atau hartanya atau kekayaannya atau ilmunya dari kita.

Friday, August 1, 2008

BENGKEL QCC DI LARKIN JB



Assiduous

bengkel Ini telah di adakan pada 25/7/2008 di dewan syarikat maju di larkin jb. Tujuan bengkel ini adalah untuk mempelajari aspek persembahan "quality control circle" di dalam kumpulan Johor Corporation.