Thursday, April 8, 2010

1Malaysia

1Malaysia

1Malaysia-Pengenalan:

Entri ini merupakan nota ringkas melalui maklumat rasmi yang selari dengan hasrat kerajaan. Tiada pandangan peribadi disini, bahkan ianya adalah adaptasi maklumat rasmi sebaran sumber sebaran rasmi kerajaan. Maklumat ini kami rasakan perlu difahami oleh semua calon yang bakal menduduki ujian PAC 2009. Pastikan maklumat anda dari sumber yang betul dan bukan sumber pandangan peribadi yang membawa kepada ‘salah tafsir’ konsep ini kerana ianya turut dimainkan sebagai isu politik dan kita tiada tujuan politik di sini. Diharapkan agar entri ini bermanfaat dalam menjelaskan keseluruhan idea tentang konsep 1 Malaysia.

Slogan:
1Malaysia,
Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan
People First, Performance Now

Selayang pandang:
Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Matlamat:
‘1Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

‘1Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Sedikit huraian:
Konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Dato’ Najib membawa satu harapan untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

8 nilai murni (dalam rujukan di bawah) yang dihubungkaitkan dengan konsep ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Secara kolektifnya, semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Perbezaan Konsep “1Malaysia” dengan “Malaysian Malaysia”
Ada sedikit sentimen yang dimainkan yang mengatakan konsep 1Malaysia sama dengan konsep “Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan oleh DAP. Ketahuilah dalam kacamata kami dan berdasarkan ‘affirmative statement ‘ oleh Dato’ Najib, ianya jauh berbeza kerana konsep 1Malaysia berpayung di bawah perlembagaan yang sedia ada dan dasar “Malaysian Malaysia” membelakangkan perlembagaan. Secara dasarnya;

  • Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza.
  • Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

Atau secara ringkasnya, konsep 1Malaysia masih berpaksikan perlembagaan Malaysia yang mengekalkan 7 wasiat raja-raja melayu termasuk hak bumiputera dan lain-lain. Anda boleh rujuk semula 7 Wasiat Raja-Raja melayu dan interpretasi adaptasi dengan perlembagaan kita.

Penutup
Seharusnya juga difahami oleh semua calon Program PTD Assessment Center, pendapat anda harus selari dengan kehendak kerajaan dalam isu ini semasa sesi ujian PAC. Anda boleh mengambil titik kontra dalam isu ini tetapi dalam nilaian satu perbincangan terbuka. Itu sekadar pandangan dari kami di tipsptd.

Rujukan Tambahan:

Download Nota Tambahan: