Wednesday, April 14, 2010

Cara Yang Terbaik

Selalunya terdapat beberapa cara yang terbaik….

sedekah.jpg

Pada suatu pagi yang hening, di dalam sebuah ibu kota yang sibuk, terdapat seorang budak buta yang sedang duduk di anak tangga di sebuah jejantas dengan meletakan mangkuk kosong berhampiran kakinya. Dia memegang sebuah kad, yang diperbuat daripada sekeping kotak, yang tertulis

Saya seorang buta. Bantulah saya.

Tidak banyak duit syiling lebih-lebih lai duit kertas di dalam magkuk tersebut. Seorang lelaki yang bergaya sedang menuruni jejantas, sambil meraba-raba duit syiling di dalam poket seluarnya, dia memandang kad yang ditulis oleh si buta tersebut. Dia meletakkan duit syiling di dalam mangkuk dan kemudian dia mengambil kad si buta tersebut yang terletak bersebelahan dengan mangkuk. Dia memalingkan kad tersebut, mengambil pen di poket baju kemejanya dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan balik kad tersebut, supaya orang yang lalu-lalang di situ akan nampak ayat terbaru si buta.

Setelah beberapa ketika, mangkuk itu mula dipenuhi dengan syiling. Ramai orang yang memberi sedekah kepada budak buta itu.

Di tengahari pada waktu yang sama, lelaki yang mengubah kad si buta datang untuk melihat perubahan yang berlaku. Si buta itu tahu lelaki pagi datang kerana bunyi tapak kasut dan bauan yang dipakai lelaki itu. Si buta bertanya ‘Apa yang anda ubah pada kad saya pagi tadi?’ . Lelaki tersebut menjawab, ‘Saya hanya tulis perkara yang benar. Saya tulis apa yang tertulis di kad itu sebelum ini tetapi di dalam cara yang berlainan.’

Apa yang lelaki itu tulis ialah:

Hari ini merupakan hari yang indah dan cantik. Sedih saya tidak dapat melihatnya.

Adakah anda fikir ayat yang pertama dengan ayat kedua menyatakan benda yang sama?

Sudah tentu, keduanya menerangkan yang budak ini buta. Ayat yang pertama, hanya menyuruh orang ramai berasa simpati dengannya. Tetapi ayat kedua, menerangkan orang ramai dapat menjalani kehidupan yang normal tetapi tidak bagi budak itu kerana dia tidak dapat menikmati hari yang indah kerana dia buta.

Ayat kedua lebih effektif.

Dua pengajaran di dalam cerita ini.

- Bersyukur pada yang anda ada. Ada orang yang lain yang dapat sedikit daripada anda. Tolong menolong jika anda termampu.

- Jadi seorang yang kretif, innovatif, fikir cara yang berlainan…. Selalunya terdapat cara yang terbaik…