Wednesday, April 14, 2010

Tupperware vs Polystyrene

Salah satu tips untuk menjaga dan memulihara alam sekitar yang pernah saya senaraikan sebelum ini dalam post bertajuk Bumi Pasti Rancak, ialah dengan menggantikan polystyrene dengan tupperware bila kita membeli makanan. Buat kawan-kawan yang membawa bekal sendiri dari rumah, saya ucapkan tahniah kerana kawan-kawan dah mengambil langkah bijak, bukan saja dapat jimat tapi menjaga alam sekitar lagi. So, bagi kita yang selalu atau sesekali beli makanan kat kedai tu, apa kata mulai hari ni kita bawa tupperware je dari rumah.

Kat bawah ni, saya senaraikan beberapa keburukan polystyrene:

  • Jika makanan disimpan dalam plystyrene pada tempoh yang lama, bahan kimia toksik yang terkandung dalam polystyrene tersebut akan masuk ke dalam makanan, dan semestinya membahayakan kesihatan kita kelak.
  • Polystyrene adalah bahan yang tidak boleh mereput, cuma akan hancur menjadi cebisan kecil. Ini tak bagus untuk alam sekitar. Bayangkan bila benda ni hancur dan masuk ke dalam sungai, tasik atau padang rumput, bahan kimia dalam polystyerin ni sudah tentu akan mencemarkan persekitaran tempat tu. Pastu, binatang-binatang yang makan rumput dan ikan-ikan yang dalam sungai dengan tak sengaja akan termakan bahan toksik ni juga. Lepas tu kita pulak yang makan binatang-binatang tu, kita pun akan dapat toksik polystyrene tu.
  • Kos untuk recycle polystyrene sangat mahal, malah lebih mahal daripada menghasilkan yang baru. Rugi la kan.