Wednesday, April 14, 2010

Kuasa Di Sebalik Sujud

Tahukah kita terdapat pelbagai rahsia yang tersembunyi dari sujud yang sering kita lakukan? Dari segi psikologinya, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan ALLAH sekali gus mengikis sifat sombong , riak, takbur dan sebagainya.

Antara hikmah sujud dari segi perubatan dan kesihatan:

  • Kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
  • Mengurangkan ketegangan pada paru-paru dan melegakan sistem pernafasan.
  • Melegakan sakit hernia (angin pasang) dan apendiks.
  • Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Perbuatan hendak sujud dan bangun darinya akan merangsang pergerakan otot bahu, dada, leher, perut dan punggung. Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan peredaran darah yang baik.
  • Mengurangkan kegemukan.

Hikmah sujud kepada wanita:

  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Gerakan otot ketika sujud menjadikan buah dada wanita lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
  • Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin serta memudahkan organ peranakan kembali ke tempat asalnya.

Melalui pembacaan saya ini juga, terdapat satu lagi kelebihan daripada sujud yang agak memusykilkan saya, iaitu sujud boleh memberi dorongan supaya mudah tidur. Yang biasa di dengar, sujud akan menyegarkan otak kerana waktu tu darah banyak yang mengalir ke otak. Jadi, jika kawan-kawan ada komen atau pandangan tentang ini, kongsilah bersama ye. :)

Seorang hamba paling dekat dengan Tuhannya ketika dia sedang bersujud, maka perbanyakkanlah doa dalam sujud – Hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Cadangan bahan bacaan berkaitan:

  • Buku Kuasa Di Sebalik Solat oleh Syaikh Jalal Muhammad Syafi’i terbitan Al-Hidayah Publication.