Saturday, April 3, 2010

AL_FATIHAH…..

A.


Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri ,44 (Din Beramboi) yang telah meninggal dunia pada pukul 12.30am (2 april 2010) iaitu pada awal pagi jumaat, akibat terkena penyakit denggi berdarah yang berada pada tahap kritikal.

Beliau yang merupakan seorang pelawak tanahair dan juga seorang penyampai di Radio Era telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi(ICU),Hospital Selayang pada 29 Mac 2010 kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan,Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Frim,sebelum solat jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan tiga orang anak Nil Aina 17,Mior Syafiq Aridhuan 12 dan juga Nir Ain..Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau…Amin…..

(*Gambar diambil dari http://www.matkepoh.com/ )