Wednesday, July 15, 2009

PERJALANAN KE KOTA BHARU 11-13 JULY 2009





Pada 11 Julai yang lalu iaitu pada Hari jadi aku aku ditugaskan ke Kota Bharu, Kelantan Darul Naim untuk menghadiri Seminar Halal Kelantan Dan Klinik Usahawan di sana. Ini adalah perrtama kali aku menjejakkan kaki ke sana.

Hari Pertama 11/7/2009

Aku bertolak dari KL jam 10.00 pagi melalui Bentong-Raub-Kuala Lipis-Gua Musang-Manik Urai-Kual Krai-Machang Dan Kota Bharu. Perjalanan yang jauh sekali. Pukul 6.00 petang baru kami tiba di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Selepas magrib kami terus keluar mencari makan di D"Village Kubang Kerian berhadapan dengan USM. Setelah itu mencari jalan ke Dewan Islam Lundang di mana seminar akan diadakan esoknya. Selepas itu berehat di hotel. Pada pukul 11:30 malam MD call dah tiba Dan mengajak kami pekena the tarik pulak. Dalam pukul 2.30 pagi baru tido...

Hari Kedua 12/7/2009

Pagi dah bangun untuk persiapan seminar di Dewan Islam Lundang. Macam biasa ambik gambar di dalam dewan, booth DLL. Tengahari rehat sekejap makan Dan sambung petang untuk klinik usahawan. In gambar yang sempat aku ambik semasa aktiviti tersebut.


Booth pameran KPK Perdana Specialist Hospita..senyum sokmo staff nurse mereka..he he


Perbincangan antara Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim, Chairman Johor Corporation dengan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Bin Hj Nik Mat

 
Makan tengahari bersama dengan barisan Exco Dan Jawatankuasa Penganjur, Seminar Halal Kelantan 2009

Tuan Guru di temuramah oleh media

Sesi Klinik Usahawan oleh Sirim..comel gak awek in..

Klinik Usahawan oleh MARA

 


Setelah habis tugas aku di klinik usahawan tersebut aku terus ke Pantai Cahaya Bulan untuk menikmati makanan petang di sana. 



Pemandangan Pantai Cahaya Bulan dari gerai "colek"

Setelah penah berjalan Dan menikmati senja di PCB , aku terus balik ke hotel Dan malam keluar ke Wakaf Ceh Yeh untuk menikmati apa yang Ada di sana...Lepas TU lepak di kemaman kopitiam...

Hari Ketiga 13/7/2009

Pagi dah bangun untuk persiapan ke Rantau Panjang membeli belah. Perjalanan mengambil masa sejam jugak dari Kota Bharu. Sampai di sana takde apa sangat nak beli just beli jambu jeruk sebab murah berbanding di Tapah RM10 sebijik. Sini 3 bijik RM5 sahaja.



Gambar di tepian sungai golok, rantau panjang..nak ke Siam dekat je ye..sebelah je..


Setelah penat di Rantau Panjang  maka bertolak balik Le aku ke KL...Jalan yang kami lalui ialah dari Rantau Panjang, Tanah Merah, Machang..kami singgah sebentar di manik Urai tempat berlangsungnya pilihanraya kecil..yang agak sesak jalannya...


Setelah berhenti seketika di Manik Urai kami meneruskan perjalanan balik mengikut Gua Musang-Cameron Highlands-Tapah-KL. Memang dari awal perjalanan ke Kota Bharu , balik nak ikut Cameron sebab sejuk Dan jalan agak cantik serta cepat berbanding ikut lipis, merapoh, raub, bentong TU...jauh sangat dah Le jalan teruk sikit.. Baiknya sampai Cameron boleh rehat sekejap melihat keindahan pemandangan bukit bukau Dan cuaca yang segar di samping dapat membeli sedikit sayuran, the DLL untuk di bawa balik. Perjalanan dari Gua Musang ke Cameron hanya 1 jam Dan Cameron-Tapah 1 jam. Sampai KL 1 jam dari Tapah. Kami berada di atas selama 1 jam lebih kurang menikmati the di ladang the Chameron Bharat...gambar. Tiba di KL pada jam 7.30 malam.



Di hadapan persinggahan ladang the Cameron bharat