Tuesday, July 14, 2009

RESEPI BIHUN SUP UTARA FIZZIE


Aku lampirkan resepi bihun sup utara yang aku buat sempena perpisahan sister bini aku untuk kengkawan mencubanya. Ramai yang mintak ni...maybe sama saja dengan yang ada...tapi cubalah.

BIHUN SUP UTARA

Bahan A
1 paket bihun ] rendamkan beberapa minit sahaja dengan air panas yang dijerang ( 3 orang makan) dan masukkan sedikit serbuk kunyit

Bahan Kuah
500 gm daging berlemak muda [potong besar]
300 gm perut babat/muda
300 gm paru
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam
air secukupnya

Bahan Hiasan
daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
lobak asin cincang
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Sos Cili
Bahan
10 biji cili merah
1 bawang putih
1 s/b cuka
garam
gula dan air

Semua bahan dikisar halus dan masakkan sahingga mendideh dan pekat

Cara
1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut. Masukkan daun pandan bersama akar untuk mewangikan kuah dan melembutkan daging
2. Tos daging perut dan paru dan dihiriskan nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan

Nota: Lebih sedap jika dimasukkan tulang gear box atau tulang rusuk untuk mengeluarkan sum sum tulang.

SELAMAT MENCUBA