Wednesday, September 30, 2009

" Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda "

 " Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda "

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

__._,_


Thursday, September 24, 2009

A.I.D.I.L.F.I.T.R.I. 2009 / 1430 HIJRAH

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA RAKAN DAN TAULAN, SAHABAT HANDAI DAN KELUARGA DI MANA JUA BERADA.....

Raya tahun ini aku menyambutnya dahulu di Kampung aku di Changkat Jering. Khamis 17/9 malam dalam jam 12.00 tgh malam aku telah bertolak balik dari KL..Sampai dalam jam 3.00 pagi. AKu cukup selesa balik awal dan malam kerana sejuk dan tidak mengantuk..Dalam perjalanan balk singgah sebentar di Bidor. Aku ikut jalan lama daripada Slim River ke Ipoh kerana highway masih sesak dari Slim River ke Ipoh. Jalan lama jalannya clear dan selesa memandu..

Di bawah ini gambar gambar koleksi hari raya yang sempat aku ambil dan touch up sikit...nak tengok banyak lagi di http://www.flickr.com/photos/aidilfitri2009/ atau di facebook aku le..http://www.facebook.com/izuafdaas

EPISOD PERTAMA - CHANGKAT JERING, TAIPING



Gambar Malam Raya Di Changkat Jering

Gambar Pagi Raya 1 Syawal

Gambar Pagi Raya 1 Syawal - Aliff dan Puteri( Anak adik Linda)

Gambar Pagi Raya 1 Syawal- Siti Nuraliah

Gambar Pagi Raya 1 Syawal - Siti Nuraliah


Gambar Pagi Raya 1 Syawal- Fatin (Anak Linda)

Gambar Pagi Raya 1 Syawal - Siti Nuraliah dan Fatin

Gambar Pagi Raya 1 Syawal - Qistina ( Anak Fendy)

Gambar Pagi Raya 1 Syawal ( Family Norhaslawati dan Emak)

Gambar Pagi Raya 1 Syawal (Family Norhaslinda dan Emak)

Gambar Pagi Raya 1 Syawal (Family Fendy dan Emak)



Gambar Pagi Raya 1 Syawal (Family Fauzi dan Emak)

Gambar Pagi Raya 1 Syawal (Family Keluarga)


Gambar Pagi Raya 1 Syawal (Athirah dan Puteri)

Raya pertama pepagi lagi keluarga sebelah mak long dan makcik kiah datang..iaitu abang man dan family dia dan makcik kiah, pakcik karia, kak hindun dan family. Aku masak sup je hari ni..buat bihun sup utara untuk hidangan raya.. Petang sikit baru kami keluar berkunjung ke rumah makcik dan maklong di selinsing.
















EPISOD KEDUA - SG SELUANG, LUNAS , KULIM KEDAH

Raya kedua aku balik kulim la pulak..sampai di rumah mertua aku keletihan. Aku terus buka laptop buat report yang boss aku nak siapkan juga. Raya keempat nak email dia. Sampai aku lupa le nak makan..Dalam pukul satu pagi aku rasa dada aku sakit..sukar nak bernafas.. Wife aku bawa aku ke hospital kulim. Aku diperiksa dan didapati aku kena gastrik. Aku diberi ubat magnesium dan dicucuk satu jarum.



Raya ke tiga aku buat satay, seperti kebiasaan aku buat dari mula potong daging dan gaul ramuan sampai kuah satay sekali. Satay tu untuk jamuan keluarga dan juga saudara mara. pada malam nanti . Adik tie yang kebetulan balik ke penang datang juga malam itu..Jiran tetangga juga datang makan satay.



















Raya ke empat kami semua ke Alor Star rumah makcik dan juga Sungai Petani rumah pak ngah. Linda dan fendy datang rumah june di kulim dulu sebelum kami bertolak ke sana..Kami ke rumah mak mertu atie dulu makan kenduri aqeeqah Dalam pukul 4 petang baru kami sampai di Alor Setar. Balik dari Alor Setaq kami singgah di SP dalam pukul 8.00 malam. Meriah sungguh suasana raya kali ini di mana semua sekali berkumpul samada di taiping atau kulim..







Raya ke lima aku tak ke mana rileks di rumah saja..sambil upload gambar ini...Aku kan kembali ke KL Ahad ini 27/9/2009..hu hu..sesungguhnya banyak kerja menanti di sana dan juga rumah terbuka yang bakal menyusul di sana nanti..