Apa yang aku ajar ni mungkin ilmu sesat yang mampu menjahanamkan PC/Laptop korang (kalau tak hati-hati la), jadi sila bertanggungjawab atas keputusan anda sendiri mempelajari jurus-jurus maut Hikmat 7 Jadian ini, jika setuju mara ke langkah seterusnya..
+ Sedut software ini Se7en Transformation Pack 3.0
+ Extract file tu dan klik 2x Install cam biasa
+ baca betul2 langkah demi langkah masa install tu
+ bila dah berjaya korang akan dapat melihat keajaiban seperti di bawah ini
+ sila berkata Wow Yes! Yes! Gua dah berjaya Install Windows 7 Jadian di twitter mahupun fesbuk...
+ Sebenarnya korang masih lagi menggunakan windows XP tapi semua ikon, font, theme dan ciri-ciri windows 7 boleh dikatakan ada dalam software diatas ( cuma tak la perfect 100% sama), boleh la tayang/bangga kat member u all dah install Win 7, padahal hakikatnya korang jer tau hihi.
ilmu ni perlu dirahsiakan dari otai-otai software atau mamat/minah IT, sebab apa?, sebab apa tu korang jangan tanya, nanti korang akan paham sendiri (bila kantoi) hehehe