- Tunjuk ajar pembersihan akan diberikan secara percuma
- Perkhidmatan Selepas Jualan.
- Jaminan Produk 1 Tahun
Kelebihan Teknologi Nano dalam Bio Aura Hi Tech Water System
1. Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat.
2. Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan.
3. Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrient.
4. Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh.
5. Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum.
6. Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum.
7. Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan.
8. Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan.
9. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid.
10. Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan.
Fungsi Hebat Setiap Penapis
Penapis 1: Ceramic
Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bacteria.
Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bacteria.
Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bacteria dan rumpair. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.
Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsur logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.
Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada kelompok air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen.
Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikasi.
Maksud “Teknologi Nano”
Teknologi Nano, revolusi terkini yang membawa kepada kemajuan dunia dalam abad ke-21 ini. Ia berasal daripada perkataan Latin, dengan cirinya yang bersaiz KECIL – 1 nanometer = 0.000000001 meter
Bio Aura Hi Tech Water System