Sunday, January 1, 2012

BERKELAH DI SUNGAI LOPO









































Tahun baru dihabiskan dengan berkelah di Sungai Lopo, Pangsun, Hulu Langat, Selangor bersama family dan juga adik.
Tiba di sana dalam jam 12tgh terus aktiviti membakar ikan dn ayam dilakukan. Dengan resepi yang aku buat sendiri sambal percik telah sedia untuk dibakar. Nyalakan api dengan arang dicelah batu sahaja. Sementara anak - anak semua mandi aku terus membakar ikan dan ayam hingga selesai baru aku terjun mandi..Selepas itu baru makan bersama sama. Memang berselera makan di tepi air terjun...


RESEPI
ikan/ ayam bakar mofabisa

sos bakar
serai 2 batang
bawang besar 2 biji
halia dua ulas
6 ulas bawang putih
cili giling 500 gm

kisar semua bahan dalam blender dan masukkan 100 gm gula dan sedikit garam

sedia untuk diperam bersama ikan dan ayam.
semasa bakar taburkan di atas ikan dan ayam sehingga masak