Monday, January 9, 2012

Kod fotografi


Istilah

* Macro: Makro - mengambil gambar pada jarak paling dekat, boleh membesarkan imej dari 1 hingga 10 kali ganda.

* Macro Lens: Lensa makro - lensa bagi merakam objek berukuran kecil atau merakam pada jarak dekat.

* Main light: Cahaya utama ketika merakam gambar subjek, biasanya dari arah depan subjek. Biasanya digunakan untuk menjelaskan lagi bentuk atau wajah subjek.

* Medium shoot: Panggilan yang biasa digunakan untuk mengambil gambar potret terutama orang dari kedudukan aras pinggang ke atas.

* Metering: Meter penyukat cahaya biasanya dalam tiga jenis - center weight, evaluative/ matrix dan spot.

* Metering center weight: Menyukat sensitiviti cahaya menggunakan bahagian tengah pemidang.

* Metering Evaluate/Matrix: Menyukat sensitiviti cahaya menggunakan keseluruhan bahagian pemidang.

* Metering spot: Menyukat sensitiviti cahaya menggunakan satu titik bahagian tengah pemidang.

* MF: Singkatan manual focus, iaitu mencari ketajaman (sharpness) atau memfokus dilakukan secara manual.

* Microphotography: Fotografi yang menggunakan kamera dengan peralatan mikroskop.

* Monopod: Penyangga (penahan kamera) kamera berkaki satu. Berfungsi membantu dan mengelak kamera daripada goyang. Ada kala disebut `unipod.'

* ND Filter: Penuras Pemulih Ketumpatan (Neutral Density Filter, ND) iaitu iaitu filter yang berfungsi mengawal kekuatan cahaya yang berlebihan dengan kadar dua hingga lapan kali lebih rendah.

* Normal lens: Lensa normal berukuran 50mm atau 55mm, sudut pandangnya sama dengan sudut pandang mata manusia.

* Optical Sharpness: Ketajaman optikal, iaitu ketajaman yang dapat dihasilkan dari lensa yang berkualiti.

* Out Of focus: Terkeluar daripada jarak fokus

* Optik: Dikaitkan dengan penglihatan (cahaya, lensa, dsb)

* Overexposure: Lebih pencahayaan.

Bahagian bayang nampak gelap pekat (tanpa butiran atau detail) bahagian putih akan terlalu putih warna gambar menjadi pudar.

* Polarizing Filter: Penuras. Ia digunakan bagi menghilangkan kesan kilauan, boleh menambahkan kepekatan warna dan menembusi kabus selain menampakkan warna langit lebih biru.

* Pop Up Flash: Lampu denyar kecil pasang siap yang terbina bersama kamera.

* Release cable : Kabel dihubungkan dengan butang pembingkas pengatup sehingga jurugambar boleh menekan butang dari jarak beberapa meter dari kamera.

* Rembrant lighting: Cahaya dari celah jendela atau disebut juga window lighting.

Cahaya yang datang dari sudut 45 darjah.

Pencahayaan itu berasal atau sempena dari nama pelukis Belanda Rembrandt.

* Remote: Alat yang memudahkan jurugambar menekan shutter (butang pembingkas pengatup dari jarak jauh tanpa menggunakan wayar atau wayar kabel.

* Resolution: Jumlah pixel dalam sesuatu gambar yang dihasilkan yang dapat membezakan atau menentukan kualiti sesuatu gambar

* Retouch: Mengubah, memperbaiki atau menambah warna dengan menggunakan tangan atau bantuan aplikasi sehingga menghilangkan kecacatan pada gambar dan menjadikan gambar lebih baik.

* Self Adjusting: Menyesuaikan penggunaan sistem kamera dengan cara sendiri.

* Self Timer : Pemasa kendiri. Satu tombol atau butang pada bahagian tertentu pada badan kamera apabila ditekan akan melambatkan pengatup. Biasanya digunakan untuk mengambil gambar sendiri.

Penangguhan waktunya kira-kira 10 saat.

* Sense of Design: Gambaran perasaan ke atas sesuatu bentuk komposisi gambar yang diambil. Selalunya berkaitan nilai astetika.

* Sepia Toner: Warna tonasi seakan coklat/ sawo matang.

* Sequence: Berturutan. Satu siri dari beberapa gambar (shot) subjek yang diambil secara berturutan dari subjek yang sama.

* Shade: Teduhan, bebayang tidak berbentuk.

* Shadow: Kesan gelap/hitam atau bebayang pada gambar .

* Shutter Release Button: Butang pembingkas pengatup yang perlu ditekan ketika mengambil gambar.

* Side Light: Cahaya dari sisi subjek sama ada dari kiri atau kanan bersudut 45 atau 90 darjah. Pencahayaan seperti ini menghasilkan foto dengan kesan 3 dimensi.

Sesuai untuk gambar potret kerana ia dapat menimbulkan karakter.

* Snapshot : Gambar secara spontan, tanpa dirancang atau dibuat-buat, biasanya untuk mengambil gambar human interest.

* Snoot: Suatu alat berbentuk silinder berlubang yang menguncup di depan digunakan untuk kesan cahaya setompok selalunya digunakan di studio.

* Special Effect: Kesan khas kerana menggunakan teknik-teknik fotografi tertentu.

* Speed light : Lampu denyar yang mempunyai daya kecepatan mengeluarkan cahaya yang cepat dan pantas.

* Soft Filter: Penuras pelembut memberi kesan seakan kabur sedikit dan dapat melembutkan cahaya yang kuat.

* Still Life: Fotografi yang berkisar pada mengambil gambar benda statik atau tidak bergerak sebagai subjek.

* Stop: Nilai sesuatu bukaan apertur atau kelajuan pengatup contohnya dari bukaan f16 ke f22 atau kelajuan pengatup 1/125 saat ke 1/250 saat yang disebut satu stop atau satu renti.

* Slave unit: Alat (sensor) yang berfungsi bagi menyalakan flash, contohnya flash bantu tambahan, yang diletak secara berasingan, flash yang dipasang alat sensor (slave unit) ini akan menyala serentak apabila menerima pancaran cahaya dari flash lain.

* Super Wide Lens: Lensa bidang sangat luas yang digunakan bagi tujuan arkitektur, interior (dalaman), exterior (luaran, pemandangan dan lain- lain. Misalnya lensa 15 mm, 17 mm.

* Sync Cord Terminal: Terminal penghubung lampu-denyar (flash) berupa soket untuk memasang kabel tambahan yang dihubungkan dengan lampu denyar.

* Texture: Tektur, sifat permukaan atau sifat bahan, adalah elemen seni visual yang sangat penting kerana mampu memberi kesan `rasa' seperti halus, kasar, berkilat dan sebagainya.

* Tele Converter: Gelang penambah jarak iaitu lensa pencantum dipasang pada kamera yang mampu memberi perubahan pada jarak fokal lensa kepada dua atau tiga kali ganda berbanding jarak fokal lensa telefoto asal.

* Top Light: Cahaya (dari) atas, yang berasal dari atas subjek. Biasanya digunakan untuk menerangi bahagian atas subjek yang hendak dirakam.

* Tripod: Suatu alat yang digunakan untuk menahan kamera yang berbentuk kaki-tiga, yang dapat dipanjangkan dan dipendekkan mengikut kesesuaian.

Digunakan bagi membantu mengatasi kamera dari goyang ketika mengambil gambar terutama apabila menggunakan kelajuan pengatup perlahan (slow shutter speed).

* Through The Lens Metering (TTL ): Meter dalam kamera atau disebut juga meter melalui lensa .Kamera menyukat kecerahan dan memaparkan terus ke dalam pemidang tilik (view finder) melalui paparan LCD binaan dalam.

* Under Expose: Kurang pencahayaan.

Untuk mengatasi masalah ini perlahankan kelajuan pengatup atau besarkan lagi bukaan apertur contohnya kalau f16 kepada f8 atau f5.6.

* Vertical: Pengambilan gambar secara menegak.

View finder: Tetingkap pemidang tilik, bahagian kamera yang berfungsi sebagai tempat melihat objek yang hendak diambil gambar.

* Waist Level Finder : Tingkap pemidang aras pinggang.

* Warm Tone: Tonasi warna hangat (panas). Suatu warna yang tidak terlalu menyilaukan mata berwarna coklat kemerah merahan Worm

* Eye: Sudut pandangan dari seekor cacing, mengambil gambar dari sudut permukaan tanah. Hasilnya ialah gambar dengan kesan tinggi yang unik dan lebih ekstrim dan sangat berlainan.

* Zoom Lens: Lensa zoom yang mempunyai beberapa fokal yang boleh ditukar tukar dengan cara menarik atau menolak zoom bagi mendekatkan atau menjauhkan imej. Misalnya lensa zoom 28 hingga 200 mm mempunyai enam lensa berbeza seperti 28mm, 35mm 50mm, 70mm, 135mm dan 200mm.

Sumber: Berita Minggu - Sun, Nov 13, 2011 - 018 - Rona - Oleh Noor Azmi Mat Nor