Thursday, December 29, 2011

Pandai Memasak Juga Sunnah

Pandai Memasak Juga Sunnah

Salam wbt.

Umum diketahui Saidatina Khadijah r.a. pandai memasak dan menguruskan suaminya, Rasulullah SAW. Begitu juga Saidatina Aisyah r.a. Jadi, dengan kata lain, jika nak jadi wanita yang solehah, memasak itu perlu tahu samada asas atau expert dalam menguruskan rumahtangga. Namun dicatatkan juga dalam sirah, Nabi SAW adalah seorang suami yang suka menolong isteri-isterinya memasak di dapur. Jika Nabi SAW tidak pandai memasak, mustahil Nabi SAW mampu membantu isterinya. Nabi SAW biasa hidup berdikari tanpa ibu dan ayah. Mustahil Nabi SAW menyusahkan orang lain dengan pekertinya yang mulia. Jadi, tidak mustahil Nabi SAW pandai memasak. Secara logiknya begitulah.

Rasulullah SAW juga manusia biasa, namun bukan suami biasa.

Amrah meriwayatkan bahawa seseorang bertanya kepada Aisyah, "Apakah yang dilakukan Rasulullah saw di dalam rumah?" Aisyah menjawab, maksudnya: "Rasulullah saw adalah manusia biasa; beliau merendam pakaian, memerah susu domba, dan melayani dirinya sendiri." (HR Tirmizi, Bukhari, dan Ahmad)

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Saidatina 'Aisyah r.a. menceritakan: "Kalau Nabi SAW berada di rumah, Baginda selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, Baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah Baginda pulang pada waktu pagi. Baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra Aisyah yang bererti kemerah-merahan) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa, wahai Rasulullah." Rasulullah SAW lantas berkata, "Kalau begitu aku puasa saja hari ini." Tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. Itu Rasulullah SAW. Kalau kita, tentu dah hangin atau hilang sabar, mengeluh-ngeluh, bercakap tentang duit dan macam-macam lagi.

Bahan-bahan dapur Rasulullah SAW.

Tapi, bahan-bahan di dapur Rasulullah SAW tidak se'mewah' bahan-bahan masakan seperti di dapur kita. Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa di rumah Rasulullah SAW pernah tidak dinyalakan api untuk memasak makanan selama tiga bulan. Kemudian, hingga wafat Rasulullah SAW tidak pernah kenyang memakan roti dan minyak dua kali dalam sehari. Manakala makanan-makanan asasi rumahtangga Rasulullah SAW, Aisyah r.a. mengatakan, "Dua bahan makanan, iaitu air dan kurma, di samping ada seorang tetangga Rasulullah dari kaum Ansar yang memiliki binatang perahan. Mereka selalu memberi susu dan kami meminumnya."

Moral:

Belajarlah memasak samada lelaki dan perempuan jika nak kekalkan kebahagiaan rumahtangga atau untuk menimbulkan kasih mesra antara suami isteri. Jika tak pandai masak pun, tolong-tolonglah isteri masak. Tolong angkat periuk ke kuali ke, basuh pinggan mangkuk ke. Sebab itu semua sunnah. Buat yang sunnah dapat pahala. Pahala dapat, kasih bertambah. Untung berganda-ganda


Tuesday, December 27, 2011

JUNIOR CHEF MASUK DAPUR






ha...mlm ni junior chef dah ada kena le beralah sikit...semua dia nak buat tumbuk bawang dalam lesung, potong bawang dan basuh lala..menu malam ni masak lemak lala, Aliff محمد الألف فهمي nak makan esok. masak siap siap sebab esok mereka duduk rumah semua...tadi buat jagung manis kat dia...habis licin...

RESEPI MASAK LEMAK LALA ALIFF

Bahan-bahan

Sebungkus Lala dalam 600gm
Serai 2 batang
Bawang kecil 2 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Cabai Merah 2 Biji
Cili Api 5 biji
Santan 1 Kotak Kecil
Sedikit Garam dan Perasa
Asam Keping 3 butir

Cara-cara

Tumbuk semua bawang dan cili api
Tumis kesemuanya dalam periuk dgn sedikit minyak
Masukkan Lala dan air
Bila mendidih masukkan santan dan sedikit kunyit dan asam keping
Biarkan mendidih dan lala meenjasi lembut.
Masukkan Serai
Boleh tambah tomato fresh kalau nak

Hidangkan

Sunday, December 25, 2011

LEMAK PUCUK MANIS DGN KELEDEK


Sesekali mkn lauk dan sayur2 kampung macam ni mmg membuka selera kami...dulu ingatkan anak2 tak suka sayur2 kpg ni, tp alhamdulillah diaorg pun suka...nak2 kalau matchkan dgn ikan bakar kosong cicah sambal kicap...fuhhhh tangkap leleh air liur beb...hihihi...mmg nasi seperiuk tu cnfrm licin..tp kena buat jarang2 jer la, kalau selalu tu, tak ndak jugak kan...moh kita tgk...

RESEPI LEMAK PUCUK MANIS DGN KELEDEK

Bhn2

Pucuk manis secukupnya
Keledek - dipotong kecil
Santan
Ikan sardin / kembong - rebus
Bwg merah
Garam, srbk perasa

- tumbuk bwg merah dan ikan rebus
- masukkan ke dlm santan
- masukkan juga keledek dan masak hingga mendidih
- perasakan dgn garan dan srbk perasa.
- bila keledek dh empuk / lembut, bru masukkan pucuk manis.
- masak sebentar shj sbb pucuk manis cepet masak.
- tutup api dan blh dihidang dgn nasi panas.


LEMAK TELUR PUYUH DAN BONCIS


500gm kacang boncis
10 biji telur puyuh - direbus dan kupas kulitnyer
1/2 batang lobak merah - dihiris
cili hijau dan cili merah - dihiris
1 batang serai - dititik
1/2 cawan santan
garam secukup rasa

Bahan kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
secekut ikan bilis atau udang kering
1 in kunyit

Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan santan, serai dan air dan masak hingga didih. Rasakan garamnyer. Kemudian masukkan telur puyuh, kacang boncis dan carot. Masak hingga sayur hampir layur. tutup api dan taburkan hirisan cili.

SAMBAL TERUNG


Simple saja resepi ni...

1-2 biji terung panjang/bulat
3 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu makan udang kering - dikisar
2 sudu makan cili kisar
Sedikit air asam jawa
Gula dan garam

Terung di potong, cuci bersih dan di goreng separuh masak.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.
Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga terbit bau.
Masukkan terung, garam, gula dan air asam jawa.
Tumis hingga kering.
Tambah cili merah jika suka.
Hidangkan setelah masak.

HOME MADE MUSHROOM SOUP


Ni pun lagu satu kegemaran aku bila time sejuk sejuk ni...nak rasa 100% macam piza hut tu xlah..tapi ada rasalah....

HOME MADE MUSHROOM SOUP

1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar ~ fresh milk
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
garam ~ secukup rasa
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum
Sedikit lada hitam ~ dikisar ita tambah

Potong ayam kecil2.
Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam.
Masak guna api yang perlahan.
Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
Tambah perisa, garam dan ajinomoto.
Sedia untuk di hidangkan bersama roti

PENGAT JAGUNG


Petang petang dan sejuk cam ni mesti nak yang hangat kan...belek belek ada jagung dalam peti...apalagi..pengat la....

PENGAT JAGUNG

2 tongkol jagung ~ di ambil jagungnya
400 ml santan
300 gm gula pasir ~ boleh kurangkan klu tak suka manis
1 sudu makan tpg kastard
Garam secukup rasa
air secukupnyer
2 sudu besar sago biji
Sedikit gula Melaka

Jagung direbus hingga empuk.
Kemudian masukkan gula, santan, garam dan tepung kastard.
Masak hingga didih.
Masukkan sago biji yg telah dicuci dan ditoskan, kedlm bubur jagung.
Biar seketika hingga sago lembut.
Siap utk dihidangkan.

RENUNGAN HARI INI

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata
Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) :

Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.

~ Riwayat imam Tarmizi

KHASIAT BUAH DELIMA



Assalamualaikum..

Malam ni mofa nak kongsikan khasiat buah Delima. Buah delima ni salah satu buah kesukaan saya. Pantang nampak orang jual pasti nak beli. Jus delima pula adalah kegemaran isteri. Mudah aje nak buat jus delima dan biasanya saya perah atau ramas aje biji delima tu dan ia akan menghasilkan jus delima yang rasanya manis2 masam sedikit dan kelat-kelat manja.. Kalau nak tambahkan gula pun boleh juga kalau buah delima tu terlebih masam.. Jom kita intai apakah khasiat buah delima...

Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.


Rahsia Penciptaan Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.


ROTI PRATA / ROTI CANAI

Haa...esok pagi rasanyer nak buat roti canai...duduk sorang2 ni simple jelah sarapan....jom...

ROTI PRATA / ROTI CANAI

3 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
secubit baking soda
3/4 cawan olive oil atau minyak sapi bahagikan kepada 1/4 + 1/2

Satukan tepung, gula garam dan baking soda dalam satu mangkuk yang besar
Dalam mangkuk yang lain pukul telur dan susu segar ~ kocok aje
Buatkan satu lubang di tengah2 tepung
Tuangkan telur dan susu tadi ke dalam lubang
Gaul rata perlahan2 sehingga menjadi doh
Tambahkan 1/4 minyak dan uli rata selama 8 - 10 minit
Salutkan doh dengan 1/4 minyak lagi pada seluruh permukaan doh dan tutup doh dengan tuala yang lembab
Rehatkan doh selama 2 ~ 4 jam
Basahkan tangan dengan baki minyak dan bahagikan doh kepada 12 bahagian yang sama besar berbentuk bebola kecil
Sapukan minyak minyak pada papan canai

Anda boleh guna kaedah menebar seperti vedio dari yutube di bawah


Atau seperti yang ita buat mengikut cara video dari yutube di bawah



Selepas tu bolehlah di goreng atas kuali leper
Renjiksan sedikt aje minyak dan balik2kan roti
Sedia di nikmati bersama kuah kari, dal atau sambal tumis.

Selamat Malam semua...

KERABU REBUNG



Bahan-bahan

2 cawan rebung (diracik halus dan siap direbus kemudian toskan)
2 sb sambal belacan – lebihkan jika suka pedas
1/2 biji bawang besar
1 sk lada hitam ditumbuk
1 sb halis dihiris nipis-nipis
1 sb kerisik
garam, gula & serbuk perasa
Cara-cara

Campur semua bahan dan gaul sebati.
Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
Sedia untuk dinikmati.

Khasiat Makan Belut




Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak "sudi" makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat.

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi. Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit.

Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.

Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

RESEPI PAPRIK BELUT

1kg belut - dicuci dgn limau nipis 5ulas bwg putih - diketuk 15 biji cili padi - diketuk sedikit sos cili - utk merah 3 btg serai - dititik daun limau purut garam
sayur ; bunga kobis kacang pnjg putik jagung lobak cendawan

Cara-cara

1. goreng belut sehingga garing. 2. tumis bwg putih & cili padi sehingga garing.. 3. masukkan sos cili & garam. 4. masukkan daun limau purut,serai dan sayur-sayuran,mskkn sedikit air.. 5. setelah sayur masak,masukkan belut,gaulkan.. 6. siap utk dihidang...

Saturday, December 24, 2011

Kerabu Mangga


Bahan-bahan untuk membuat kerabu mangga

+ 3 biji mangga muda
+ 1 cawan udang kering
+ 1 cawan kacang goreng
+ 3 labu bawang besar
+ 2 biji cili merah
+ 5 biji cili padi
+ 3 batang serai
+ 4-5 helai daun limau purut
+ 4-5 biji limau nipis (perah ambil jusnya)
+ 1 paket kerisek
+ gula dan garam secukup rasa

CARA-CARA

1. Mula-mula sekali, udang kering disanggai/sauté selama 5 minit.
Kemudian, masukkan udang kering tadi ke dalam batu lesung dan tumbuk sehingga lumat.

2. Sekarang tumbuk kacang dan biar hancur kasar sahaja supaya kerabu mangga ini ade rasa ranggup. (paham ke? )

3. Potong buah mangga secara memanjang.

4. Bawang besar, serai, cili padi & daun limau purut dimayang. Cili merah dipotong memanjang.

5. Masukkan kesemua bahan-bahan tadi, kerisek, air asam limau, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata sehingga sebati semua bahan-bahan tadi.

dah siap pun.. selamat mencuba yeah!

MASAK TUMIS KULIT TEMBIKAI




Hmmm...kalau anda beli tembikai bila dah makan isinya, jangan dibuang lagi kulitnya..sebab ada guna kulitnya itu untuk dibuat sayur dalam masakan. Saya kalau beli tembikai bila habis isinya, kulitnya saya suka masak tumis..memang sedap dan lazat...Saya kongsikan bersama anda semua cara-cara nak masak kulit tembikai ini...mudah je...

bahan - bahannya :

separuh kulit tembikai ( buang kulit keras kat bahagian luarnya dan dihiris sedikit nipis)
semangkuk kecil udang
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 sudu kecil cili kisar.
sedikit air
garam (secukup rasa)
serbuk perasa (kalau tak suka tak payah letak)
sedikit minyak (untuk menumis)

cara membuatnya :


tumbuk bawang merah, bawang putih & belacan. panaskan minyak. lepas tu masukkan bahan2 yang dah ditumbuk tadi. masukkan sekali cili kisar. selepas bahan2 sedikit garing, masukkan air. setelah air mendidih masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. akhir sekali masukkan udang dan kulit tembikai. biarkan sehingga masak. dan lepas tu makan sehingga kenyang!


p/s - sesekali tukar selera best jugak (:

Friday, December 23, 2011

RESEPI ANEKA LAKSA


Pasal aku minat sangat makan laksa dan masak laksa di sini aku rungkaikan beberapa resepi laksa yang aku pernah makan dan buat di serata malaysia...Ikan dan bahan boleh diadun sesuka hati...hehe

LAKSA PENANG SAMARINDA

Bahan-Bahan:

1 kg kampit laksa (direbus) - kalau yg siap dah dicelur sahaja. nak pakai laksa beras pun ok.

1 kg ikan kembung/ikan sardin/belut beberapa ekor

2 batang bunga kantan

5 keping asam gelugur

10 biji cili padi

1 tangkai daun kesum

2 sudu besar otak udang

2 batang serai (diketuk) 4 liter air

1 biji timun (dihiris)

sedikit daun salad (dihiris)

2 biji bawang besar (dihiris)

2 sudu besar cili kisar

4 biji telur rebus

Hirisan nenas secukupnya

Garam secukup rasa

Cara:

Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulangnya & kisar isi ikan hingga halus. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang & air ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 20 minit. Kemudian masukkan isi ikan, garam & masak lagi selama 10 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun, nenas & telur rebus.

LAKSA KUALA PERLIS ADIWARNA

Bahan-bahan:

1 kg laksa beras / nak pakai laksa biasa pun ok..

1 kg ikan kembung / belut

15 cili kering-rendam air panas

10 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 serai-ketuk

asam keping secukupnya

1 ketul gula gherek/kerek/kabung/melaka

daun kesum

1 bunga kantan-belah 4

garam, gula

air

5 cili merah

1 in belacan

lengkuas sikit-ketuk

Cara menyediakan:

Rebus ikan/ belut dgn gula kabung, garam, asam keping & lengkuas. sejukkan , asingkan isi & tulang.

Kisar isi dengan separuh air rebusan ikan tadi. masukkan kedalam periuk. isar tulang ikan dengan separuh lagi air rebusan tadi, tapis & masukkan air tu kedalam periuk tadi.

kisar cili kering, cili merah, bawang2 n belacan. masukkan kedalam periuk. jerang atas api sederhanan hingga pekat sedikit. masukkan asam n lengkuas dr rebusan ikan tadi bersama serai, bunga kantan & daun kesum. masukkan gula, garam. didihkan lagi.

LAKSA KELANTAN ALKASIA

Bahan A:

Laksa kering- rebus sampai masak… biar overcook sikit baru sedap

bahan B (kuah)

  • 10 ekor ikan kembung/sardin/pelaling – saya pakai ikan pelaling sbb banyak dalam fridge tak masak
  • santan kara 2 kotak
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 10 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • air secukup nya
  • garam
  • 10 keping asam keping
  • gula

bahan tabur

  • daun kesum
  • bunga kantan
  • kacang panjang
  • timun
  • tauge
  • sambal belacan – mesti kena pakai cili padi baaru ummphh and belacan + asam limau kena lebih

cara-caranye:

rebus ikan dengan sikit air, 10 asam keping and garam sikit. rebus semalam sebelum lagi bagus. saya rebus pagi untuk makan malam, so asam dia akan serap dalam ikan

then, asingkan isi ikan. separuh isi ikan di mesin bersama bawang- bawang, halia dan lada hitam. mesin dengan sedikit air sampai lumat. lagi separuh tumbuk sampai lumat. pastu mesin tulang-temulang ikan dengan air rebusan, then campur dalam ikan yang telah ditumbuk/mesin(jgn lupa tapis nye, kalau tak tercekik tulang) lepas tu masak dengan santan, taruk 2 keping asam yg yang telah digunak masa rebus ikan tadi. masak hingga mendidih, kalau pekat sgt campur air . rasakan dengan garam, gula.tutup api then boleh makan.

kalau nak laagi sedap, masa makan tu amik le sikit belacan , campur dalam laksa tu….sedap gile…

LAKSA SARAWAK LONG PASIA

150gm pes laksa - sila lihat di bawah pasal pes laksa ni...

1 peket bee hoon , di celur

200 gm udang basah

200gm santan

2 keping tauhu..(tak letak, sbb tak ada)

100gm taugeh

3 ketul dada ayam(rebus dan racik, aku simpan air rebusan ayam tu)

11/2 liter air

2 sudu besar cili kisar

2 batang serai(ketuk)

sedikit daun ketumbar/daun sup(racik)

1 helai daun limau purut(aku x ada ni)

4 biji limau kasturi(aku guna lemon)

garam dan gula secukup rasa

2 biji telur di goreng dadar, nipis...dan hiris)

Panaskan air hingga mendidih(aku pakai air rebusan ayam), masukkan udang dan rebus sampai masak, keluarkan udang.

Masukkan pes laksa ke dalam air rebusan tadi bersama cili kisar dan serai..didihkan dengan api perlahan., masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula. siap!

sambalnya:-

tak ada sukatan, sukahati ler ekss sbb aku tak buat sambal ni..aku makan dengan sambal belacan biasa jer pun dah best!

Bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering di kisar halus.

Tumis cili hingga pecah minyak,dan masukkan bahan kisar yang lain...dan masukkan air asam jawa garam dan gula secukup rasa.

cara hidang Laksa:

masukkan bee hoon dalam mangkuk

letak bahan tabur iaitu:-

- daun ketumbar

-hirisan telur dadar

-taugeh celur

-isi ayam yang telah di racik

-Tauhu

-hirisan limau purut

-sambal/sambal beacan.

pas tu letak ler kuah, boleh ngap!

Pes Laksa Sarawak

*16 biji bwg merah

*8 ulas bawang putih

*20 tangkai cili kering(buang biji, rendam)

*7 biji buah keras

*5-6 batang serai

*1 inci lengkuas

*1 kuib belacan(bakar)

1 camca sederhana jintan manis(sangai)

1 camca sederhana jintan putih(sangai)

1 camca sederhana ketumbar(sangai)

1/2 cawan kacang tanah((goreng tanpa minyak)

1/2 cawan bijan(goreng tanpa minyak)

kisar lumat bahan bertanda *

kisar rempah yang telah di sangai dengan pengisar kering dan satukan dengan bahan*

kisar kacang tanah dan bijan dengan pengisar kering dan satukan dengan bahan *

siap untuk digunakan...

kalau nak simpan lama:-

tumis pes tadi dengan minyak, masukkan sedikit garam, gula dan perahan air asam jawa...masak lama sket.

LAKSA JOHOR FIZZIE

Bahan2 :

2 kotak spaghetti

Air secukup nya

sedikit garam

Cara:

1.Panaskan air dalam periuk + sedikit garam dan masukkan spaghetti dan biarkan kembang.

2.Bila dah kembang toskan airnya utk mengelakan ia melekat bolih disiram dgn air paip.

Bahan kuah:

5 ekor ikan kembung/selar/700gm ikan tenggiri- di rebus dan buang tulang

200 gm udang hidup- buang kulit dan direbus

udang kering- rm2.00

50 gm serbuk kari/agak2 kesesuaian rasa

1 sudu besar jintan manis

1 sudu besar jintan putih

2 sudu ketumbar

1 inchi kunyit

1 inchi halia

1 inchi lengkuas

4 batang serai

5 biji bawang kecil

3 biji bawang putih

sepotong belacan

2 biji buah keras

4 cawan santan(2 cawan cair/2 cawan pekat) - atau 2 kotak santan kotak(campur dgn air rebusan ikan)

10 tangkai cili kering/ikut kesesuaian rasa

2 sudu besar kerisik

Sedikit minyak utk menumis

sedikit asam gelugor dan garam secukup rasa

Bahan 2 ulam:

2 btg timun - dibuang empulur dan dimayang bulat

Kacang panjang- jika suka

250 gm taugeh- kalau suka tak perlu dicelur

Daun kesum - dihiris

sedikit daun selasih - dihiris

Limau kasturi

Sambal belacan- cili padi,belacan,garam ditumbuk dan dicampur dgn sedikit air

Cara:

1.Ikan,udang direbus berasingan kemudian dimesin- airnya disimpan utk dicampur dgn kuah

2.Rendam cili kering dlm air panashingga kembang dan dikisar berasingan

3.jintan manis dan putih,ketumbar,bwg putih,bwg merah,udang kering,serai,buah keras,belacan,kunyit,lengkuas,halia dikisar halus.

4.Panaskan sedikit minyak untuk menumis cili kering kisar dan bahan2 lain yg dikisar hingga wangi,masukan serbuk kari sehingga naik baunya.

5.Masukkan isi ikan dan isi udang yg dikisar dan gaul rata,kemudian tuangkan santan,kerisik,asam gelugor dan garam.Kacau hingga mendidih dan pekat dan naik minyak.

6.Sebelum dihidangkan,hias spaghetti dgn ulaman.Hidang bersama kuahnya. Selamat mencuba...

    AKHIR SEKALI KEPADA YANG TAK SUKA PAKAI LAKSA DALAM KAMPIT TU BOLEH CUBA BUAT LAKSA SENDIRI

    HOMEMADE LAKSA BERAS IZUAF

    Bahan-Bahan

    500gm tepung beras (kalu cap gajah Thai tu lagi elok)

    20gm Tepung Ubi

    1 liter air (mendidih)

    Cara-Caranya

    1. Gaul tepung beras dan tepung ubi

    2. Masukkan air yang mendidih secara perlahan-lahan. (Jangan letak semua air)

    3. Kacau dan uli. Pastikan diuli hingga sebati dan jangan terlalu lembik adunannya.

    4. Masukkan dalam acuan dan tekan dalam periuk pengukus

    5. Kukus selama 15 minit.

    6. Bila dahh masak, rendamkandalam air sejuk selama 10 minit dan toskan.

    DIHARAP KAWAN KAWAN SEMUA DAPAT MENCUB ARESEPI ANEKA LAKSA INI..BAHAN BAHAN SEMUA BOLEH UBAH MENGIKUT KESUAIAN NEGERI MASING MASING..

    SELAMAT MENCUBA. SELAMAT BERPUASA.

    MOFABISA ALKASIA

    http://www.facebook.com/mofabisa.creation

    Wednesday, December 21, 2011

    TEMPE GORENG RANGGUP


    Kali ini saya lebih kreatif menggoreng tempe ini dengan mencelupnya ke dalam putih telur yang di perisakan dengan bawang putih dan ketumbar kemudian menyalutnya dengan serbuk roti. Hasilnya sangat tidak mengecewakan kerana rasanya sangat enak dan ia begitu rangup di luar dan lembut pula di dalamnya. Ditambah lagi bila dicicah ngan sambal kicap!! Ia sangat sedap dimakan begitu saja atau dimakan dengan nasi panas. Boleh juga di cicah dengan cheese powder saya jual tu...

    Anyway.. Enjoy!!

    Resepi Tempe Goreng Rangup

    2 bungkus tempe ( di potong bersegi )
    2 biji putih telur
    3- 4 sudu besar serbuk roti ( bread crumb )
    1 ulas bawang putih
    1 sudu kecil biji ketumbar
    garam

    Cara membuatnya

    1. Tempe di potong-potong dan di ketepikan.
    2. Tumbuk bawang putih dan biji ketumbar hingga hancur.
    3. Masukkan bawang putih, biji ketumbar dan garam kedalam putih telur dan kacau rata.
    4. Celup tempe ke dalam putih telur kemudian salutkan dengan bread crumb, goreng di dalam minyak panas.
    5. Bila telah keemasanke dua belahnya bolehlah di angkat dan di hidangkan.

    Resepi Sambal kicap

    10 biji cili padi
    1 ulas bawang putih
    1 sudu kecil garam
    1 sudu besar gula
    3-4 sudu besar kicap manis

    Cara membuatnya

    1. Tumbuk cili padi, bawang putih, garam dan gula.
    2. Bila telah lumat masukkan dengan kicap dan kacau hingga rata.
    3. Hidangkan dengan tempe goreng…

    Selamat mencuba….
    http://frommyinside.blogspot.com

    RESEPI SATAY AYAM MADU SAMARINDA


    Satay menjadi hidangan wajib di hari raya dan juga kebesaran. Aku memang dari umur aku 12 tahun dah buat satay untuk jualan di pasar malam. Kini apabila ada order dari kawan2 atau pun sesiapa kalau aku free aku memang buat catering sikit2. Resepi aku ni mungkin lain sikit tapi cubalah. Semua ayam atau daging dan juga perut, hati dan limpa sama sahaja bahannyer mungkin ada sedikit bahang yang digunakan secara sedikit sahaja. Anak aku aliff ni memang suka tolong aku bakar satay. Tengoklah gelagatnya dalam gambar ni..memang pakar bakar satay. Masterchef Junior..he he..

    Ini untuk 2 orang makan sahaja..seorang sekilo kalau nak tambah, tambah lah sikit bahan dia tu..

    RESEPI : SATAY AYAM MADU.

    2 kg. daging ayam (pilih yang bahagian dada).
    2 inci kunyit hidup.
    1 inci halia.
    1 inci lengkuas.
    3 btg. serai. dipotong halus.
    1 sudu besar serbuk jintan manis.
    2 inci kunyit hidup.
    3 sudu besar madu.
    1 sudu kecil serbuk rempah (coriender powder).
    sedikit serbuk kayu manis.
    2 sudu minyak masak.
    8 biji bawang kecil (shalot) di cincang kiub.
    2 sudu besar kacang tanah.
    Garam secukup rasa.

    CARA-CARA:

    1. Potong isi ayam berbentuk kiub, sais mudah untuk cucuk. Jgn terlalu besar dan terlalu kecil. Masa bakar satay itu bermasalah. Isi ayam yang telah dipotong kiub isikan dalam penapis untuk buang air yang berlebihan.
    2. Kisar kacang tanah, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dalam berkeadaan pes. Ambil sebuah bekas dan masukkan isi ayam bersama bahan-bahan yang telah kisar bersama dengan Madu, serbuk jintan manis, serbuk kulit kayu manis, bawang yang dicincang dan 2 sudu minyak masak. Gaulkan semua bahan ini bersama dengan isi ayam. Sejukan dalam bahagian pembekuan dalam separa beku. Keluarkan dan masukkan kembali di peti sejuk di ruang dingin. Peram selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
    3. Keluarkan isi yang telah peram mulakan cucuk di lidi satay. Lidi satay perlu direndam selama 10 minit sebelum lakukan kerja-kerja cucuk. Cucuk isi ayam cuma 3/4 bahagian lidi. Selepas isi ayam telah cucuk , tekan sedikit dengan ibu jari dan jari penunjuk untuk leperkan sedikit isi ayam supaya senang di masak. Sekiranya anda gunakan grill letrik, bentuk kiub lebih menarik dan tiada masalah untuk di grill. Kalau bakar secara tradisional perlu leperkan sedikit untuk cepat masak sebelum hangus.
    4. Pembakaran satay perlu beri perhatian kepada lidi yang tidak berisi ayam. Api atau bahang panas tidak boleh disasarkan pada batang lidi dibahagian ini. Oleh kerana isi ayam cepat kering apabila dikenankan bahang api arang, maka minyak perlu disapukan dengan sebatang serai yang telah dijadikan seperti berus (cuma ketuk bahagian pedu serai memadai). semasa menyapu minyak awasi penyambaran api kepada isi ayam dan satay anda boleh hangus hitam. Bagi mengelakan keadaan ini cepat terbalikan satay anda.
    5. sekiranya anda ingin menjimat arang kayu, isikan separuh bahagian dengan pasir kering dalam bekas pembakar satay. Sekiranya satay anda telah masak, kurangkan bahang api dengan tepikan bara arang kayu di bekas pembakar satay. Bara api kayu perlu mengipas selalu. Anda boleh juga gunakan Kipas meja untuk tujuan ini. Untuk mencantikan pembakaran isi ayam..peringkat akhir pembakaran, titiskan sedikit minyak masak kedalam bara api menerusi berus serai anda. Satay anda akan seperti di grill.

    PENYEDIAAN KUAH KACANG:

    BAHAN-BAHAN.
    250gm kacang tanah (serbuk) siap.
    3 batang serai dipotong halus.
    1/2 biji bawang besar.
    1 inci halia.
    3 ulas bawang putih.
    3 sudu besar udang kering (direndam).
    3 sudu besar cili giling.
    1 cawan air asam jawa.
    1 sudu besar gula pasir.
    Garam secukup rasa.
    4 sudu besar minyak masak.

    CARA-CARA:
    1. Kisar dengan sedikit air; serai, bawang, halia, bawang putih dan udang kering.
    2. Masukkan minyak masak dan panaskan. Tumiskan bahan kisaran sehingga naik wangi, masukkan cili giling tumis hingga garing.
    3. Masukkan serbuk kacang tanah kacau sebati. Masukkan air asam dan 1 cawan air. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
    4. Didihkan kuah sehingga pecah minyak. Kalau ingin tambah kepekatan boleh masukkan 1 sudu tepung jagung yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati. Kuah anda telah sedia.
    Nota:
    Kalau ingin nasi himpit mudah, beli saja yang tersedia jual. Sekiranya anda ingin buat sendiri, ambil sehelai bag plastik bersaiz 5 X 9. Jadikan empat bahagian sama rata. Isikan satu dari empat bahagian itu dengan beras. Hujung bag plastik itu mesti dikepitkan atau di staple rapat. Tebuk beg plastik dengan lidi satay di seluruh bahagian supaya air boleh meresap semasa masak. Masukkan dalam periok nasi dan rebus sehingga masak. Apabila telah masak, basuh dengan air dan sejukkan.

    Selamat mencuba.

    http://www.facebook.com/izuafdaas