ha ha...ini memang favorites aku dan family...dulu masa sekolah2 memang tolong ayah berniaga laksa kat pekan minggu @changkat jering, taiping...la ni kalau bulan puasa dan hari minggu aje mesti wife request nak suruh buat laksa ni...
Aku punya style masak kuah ni simple je...siap bersilat kat dapur..ha ha..Kalau dapat pucuk gajus memang best...
LAKSA PENANG SAMARINDA
Bahan-Bahan:
1 kg kampit laksa (direbus) - kalau yg siap dah dicelur sahaja. nak pakai laksa beras pun ok.
1 kg ikan kembung/ikan sardin/belut beberapa ekor
2 batang bunga kantan
5 keping asam gelugur
10 biji cili padi
1 tangkai daun kesum
2 sudu besar otak udang
2 batang serai (diketuk) 4 liter air
1 biji timun (dihiris)
sedikit daun salad (dihiris)
2 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu besar cili kisar
4 biji telur rebus
Hirisan nenas secukupnya
Garam secukup rasa
Cara:
Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulangnya & kisar isi ikan hingga halus. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang & air ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 20 minit. Kemudian masukkan isi ikan, garam & masak lagi selama 10 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun, nenas & telur rebus.