Sunday, December 18, 2011

GULAI UMBUT KELAPA


Umbut kelapa memang sedap , dulu masa tinggal di kampung, saya pernah makan umbut kelapa tapi makan mentah macam tu saja . Jarang dapat makan maklum lah nak dapat umbut kelapa bukan senang sebab kena tebang sebatang pokok kelapa baru boleh dapat umbutnya .

Pada sesiapa yang tak tau apakah itu umbut kelapa ni sebenar adalah dibahagian pucuk daun atau dimana buah kelapa berada , ha kat situ la bahagian umbut kelapa . Bahagian luar kulit ,pucuk daun dan daun serta buah kelapa perlu di potong dan dibersihkan dulu untuk dapat bahagian dalam umbut yang lembut . Rasa umbut ni berlemak , manis sikit dan ranggup.

Tapi bila dah dimasak rasa umbut ni macam ubi keledek+ubi kentang , hmmm memang sedap. Ada macam-macam resepi yang boleh dimasak guna umbut kelapa ni, saya hanya pernah makan 2 saja iaitu masak lemak putih dengan kerabu umbut .

Di kampung umbut ni adalah menu yang sangat istimewa sebab jarang dapat dimakan sebab susah nak dapat . Jadi bila ada kenduri -kendara baru dapat makan masak lemak umbut ni . . Sekali dah cuba makan mesti nak lagi..



BAHAN-BAHAN:

2 kilo umbut kelapa
4 biji kelapa ( ambil santan yang pekat saja atau boleh beli 1 kilo santan cair segar )
3 batang serai
1 cawan air

CARA-CARA MEMASAK :

Masukkan semua santan , air dan serai ke dalam periuk , masak santan sampai mendidihkan. Kalau kuah terlalu cair masukkan lagi santan pekat.Lepas kuah dah mendidih ,masukkan semua umbut kelapa dan kacau.Bila dah masak umbuk kelapa akan menjadi lembut.Sedap dimakan dengan nasi dan ikan masin atau sambal tumis udang , hmmmm yummy.

Ini la umbut bahagian paling pucuk dalam batang kelapa.


Bahagian isi ni la yang sedap.


Umbut yang telah dibelah dan dipotong-potong kecil, sebelum dibasuh dan sedia untuk dimasak.