Tuesday, August 31, 2010

KEMERDEKAAN 2010






Salam pagi selasa buat semua blogger sempena Kemerdekaan tahun 2010. Mungkin ramai yang masih di ulit mimpi berjaga malam tadi menanti detik 12 malam dan memandangkan hari ini satu Malaysia semuanya bercuti. Kalau sebut kemerdekaan semuanya fokus pada kemerdekaan tanahair tapi bagi kita kemerdekaan ini meliputi segalanya. Mungkin pada zaman British mereka boleh berfikiran sebegitu tapi kini kita kian maju dari hari ke hari, tahun ke tahun. Minda kita perlu di merdekakan dari aspek pembangunan negara dan sebagainya.

Mungkin bagi mereka yang lahir tahun 60an mereka mengenali erti keperitan dan kemiskinan dalam sebuah keluarga lagi pun ketika itu ekonomi negara cukup merosot.

Penduduk luar bandar agak sukar untuk melalui arus permodenan akibat kekangan kewangan tapi hari ini segalanya berubah. Pembangunan dan sumber kewangan di perolehi dengan mudah.

Anak-anak sekarang harus bersyukur dengan nikmat yang ada sekarang. Belajar menjadi insan yang baik dan berbakti pada negara. Insyallah!!

Monday, August 30, 2010

10 HARI TERAKHIR



Pejam celik, pejam celik kita dah nak meninggalkan Ramadhan tahun 2010 yang tinggal 10 hari lagi. Sedih rasanya nak meninggalkan Ramadhan kali ni. Yelah bulan Ramadhan rasanya paling banyak kita melakukan ibadat dengan puasa, terawih dan sebagainya. Waktu sebeginilah kita banyak mendekatiNya.

Entah tahun depan kita di beri kesempatan atau sebaliknya, segalanya ketentuan Allah. Kita yang hidup kena saling ingat mengingati, moga doa-doa kita di perkenankanNya. Insyallah!

Friday, August 27, 2010

Kuih Bakar Pandan




Ingredients:-
  • 1 cup of sugar
  • 1 cup of pandan juice(or water + pandan essence)
  • 2 cups of plain flour
  • 21/4 cups of coconut milk(450ml) me just use 2 small boxes of santan-400ml
  • 2 tbsp butter
  • 3 eggs
  • 1/2 tsp salt
  • green colour
  • sesame seeds
Method:-
  • Put all the ingredients in blender and blend.
  • Add 2 tbsp of cooking oil in 10" loyang
  • Preheat oven and put the loyang in oven. When the oil dah panas, put in the mixture and sprinkle sesame seeds on top. Bake@ 175 degress till brown or crispy.( I baked for 90 mins to get that top and sides brownish-burnt taste.
  • *hana letak bijan, selepas separuh masa membakar. so bijan xde la hitam sgt! :)

Mee Rebus




BAHAN-BAHAN :

Bahan Untuk Kuah :


* Tulang lembu - direbus.

* Udang dikupas - direbus dan diblander.

* Ubi keledek atau ubi kentang - direbus dan diblander.

* Kacang Tanah digoreng tanpa minyak buang kulit dan mesin jangan sampai halus.

* cili kering, bawang merah dan bawang putih dimesin.

* tomato tin heinz sebanyak satu senduk.


Bahan Untuk Mee :


* Mee, dicelur

* Taugeh dicelur

* Tauhu Keping digoreng

* Telur Direbus

* Bawang Goreng

* Cili Merah dihiris

* Daun Bawang dihiris

* Limau Nipis dihiris.



CARA MEMBUATNYA

Penyediaan Kuah

1. Panaskan minyak dan tumis cili yang dimesin tadi

2. Bila agak garing masukkan udang rebus, tulang yang direbus serta ubi keledek

3. Masukkan air rebusan tulang, udang tersebut

4. Bila sudah mengelegak masukkan tomatO heinz.

5. Dan akhir sekali masukkan kacang tanah dan bolehlah masukkan garam dan
serbuk perasa.

ikan keli masak cili padi



Bahan-Bahan:
1 kilo ikan keli (keli afrika atau sawah)
1 biji kelapa - asingkan pati
50 biji cili padi
dua biji pisang muda (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci kunyit
Limau kasturi
Garam secukup rasa

Cara:

1. Kisar cili padi bawang, kunyit dan pisang muda yang dipotong-potong (tak perlu
buang kulit. Cuma basuh bersih-bersih) bersama sedikit santan.
2. Masukkan ke dalam periuk yang telah dipanaskan.
3. Masukkan ikan keli yang sudah dikelar.
4. Kemudian masukkan lebihan santan cair. Kacau, jangan bagi pecah minyak.
5. Masukkan garam. Setelah ikan masak masukkan pati santan.
6. Tutupkan api, perahkan limau. Bolehlah dihidang


Petua:

Cili padi memang banyak, tak pedas sebab ada pisang dan limau. Kalaau nak lagi pedas boleh tambah lagi. Pisang tu tak perlu dibuang kulit. Masakan ni akan berwarna kehijauan dan agak pekat berbanding gulai biasa. Jangan kacau terlalu kuat sebab ikan senang hancur. Selamat memasak.

Gulai Daging Terengganu



Bahan

500gm daging lembu [dipotong nipis kecil dan basuh & ditoskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin

20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulasa bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis

2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendidih. kacau sekali sekala.
6. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

Selamat Mencube :)

.MANFAAT BUAH-BUAHAN.


~..manfaat buah-buahan..~

epal
Kombinasi kandungan garam mineral dan pektin dalam apel, serta kandungan asam oksalik pada bayam membentuk substansi unik yang memenuhi dinding-dinding usus dan melalui gerakan kimia ang kuat tapi aman "melepaskan" kotoran yang ada di usus besar yang telah mengendap berhari-hari, berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun. Kandungan zat pektin dalam apel juga mampu menurunkan kadar kolesterol dan triglycerides yang mengganggu fungsi jantung.

pisang
Daging buah pisang yang lembut melapisi dinding-dinding lambung dan usus sehingga dapat menjadi lapisan anti radang. Pisang sangat membantu bagi mereka yang mengalami masalah peradangan lambung atau usus. Karena daging buah pisang sangat lembut, dianjurkan untuk tidak dijadikan jus.

kurma
Kandungan gula kurma yang tinggi membuat kurma menjadi buah yang menghasilkan energi tinggi. Bahkan ada legenda bahwa Nabi Muhammad SAW berbuka puasa hanya dengan 3 butir kurma, tentunya yang berkualitas tinggi. Kandungan gula kurma sangat membantu menyembuhkan luka. Hati-hati bagi mereka yang memiliki penyakit diabetes, jangan terlalu banyak mengkonsumsi buah ini.

mangga
mangga memiliki kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi. Jus segar ini bermanfaat dalam menanggulangi pembengkakan dan peradangan, gangguan pencernaan dan demam. Jus mangga sendiri dapat mengurangi dehidrasi dan memperlancar sirkulasi darah.

nanas
Enzim bromealin dalam nanas melarutkan lendir yang sangat kental dalam sistem pencernaan sehingga juga dapat menghancurkan bisul bila ada. Masakan yang dibuat dengan 250 gram nanas yang diiris-iris, 60 gram cincangan daging ayam dan lada secukupnya yang kemudian digoreng dapat mengatasi penyakit darah rendah dengan gejala lemasnya kaki dan tangan.

delima
Di Iran, jus delima yang dibuat kumur terlebih dahulu sebelum diminum membantu membersihkan mulut dan gigi, serta mencegah infeksi sehingga membantu menghilangkan bau mulut yang tidak sedap. Memakan dengan perlahan-lahan buah delima dan mengeluarkan bijinya dapat menjernihkan suara yang serak dan menghindari kekeringan tenggorokan. Manfaat lainnya, kandungan zat tanin dalam buah delima dapat membius cacing gelang, cacing kremi dan cacing pita dalam usus sehingga mereka dapat dikeluarkan melalui air besar. Cara ini sudah biasa digunakan oleh penduduk Mesir dan Vietnam.

kelapa
Air kelapa mengandung sukrosa, fruktosa, dan glukosa, sedangkan dagingnya selain tiga hal di atas juga mengandung protein, lemak, vitamin dan tentunya minyak kelapa. Meminum air kelapa muda dan memakan dagingnya dapat mengurangi kegerahan, mulut kering, demam dengan kehausan serta diabetes. Selain itu, minum air kelapa muda dipercaya membuang racun dalam darah. Perhatian, terlalu banyak minum air kelapa muda menyebabkan sedikit rasa lemas sementara. Bagi yang memiliki gangguan tulang jangan mengkonsumsi banyak air kelapa.

belimbing
Meminum atau memakan buah belimbing dan menelannya secara perlahan dapat mencegah dan mengatasi infeksi mulut. Campuran belimbing dan madu juga dapat membantu mencegah dan mengatasi kencing batu.

Mee Kari



Bahan-bahan:

Kuah kari:

-3 mangkuk santan
-5 biji bawang merah (kisar)
-4 ulas bawang putih (kisar)
-1 sm halia (kisar)
-2 batang serai (titik)
-3 sudu besar rempah kari
-1 sudu besar serbuk cili
-1 cawan hirisan ayam
-6 ekor udang
-10 biji fish ball
-5 biji tauhu bulat goring (belah dua)
-1 keping asam keeping
-garam secukupnya
-sedikit minyak untuk menumis

Isian:

-500 gm mee kuning (celur)
-1 mangkuk taugeh
-2 batang sawi
-cili merah (hiris)
-telur rebus atau telur puyuh

Hiasan:

-bawang goreng
-hirisan daun bawang
-hirisan daun sup

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air, diikuti serbuk cili.
3. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau sehingga rata.
4. Masukkan pula isi ayam, serai dan asam keeping.
5. Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan udang, fish ball dan tauhu goreng.
7. Setelah fish ball timbul bolehlah diangkat.
8. Masukkan mee ke dalam mangkuk, letakkan di atasnya bahan isian. Kemudian, tuangkan kuah ke atasnya dan hiaskan dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

Wednesday, August 25, 2010

Malam 27 Likur


Malam 27 Likur

Oleh

Hafiz Firdaus Abdullah

Boleh dikatakan sudah menjadi kebiasaan umat Islam Malaysia mengistimewakan malam 27 likur. Malam ini ditandai dengan lampu minyak atau pelita yang dinyalakan di sekeliling rumah. Penduduk bandar tidak ketinggalan, hanya sahaja mereka tidak menggunakan lampu minyak. Sebaliknya mereka menggunakan lampu elektrik yang dinyalakan di pagar atau halaman rumah.

Malam 27 likur sinonim dengan malam 27 Ramadhan. Ramai yang mempercayai bahawa malam 27 Ramadhan adalah malam al-Qadar, atau lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar. Sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Dalam risalah yang ringkas ini penulis akan cuba memperkenalkan Lailatul Qadar kepada para pembaca sekalian berdasarkan keterangan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.

Keistimewaan Lailatul Qadar

Keistimewaan Lailatul Qadar jelas terserlah apabila Allah Subhanahu wa Ta‘ala menurunkan sebuah surah yang khusus untuknya di dalam al-Qur’an. Surah tersebut dinamakan surah al-Qadar dan ia berbunyi:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam (Lail) al-Qadar,

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam (Lail) al-Qadar?

Malam (Lail) al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril

dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya

pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

[al-Qadar 97:1-5]

Dalam ayat di atas, Allah menerangkan bahawa Dia menurunkan al-Qur’an al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan Lailatul Qadar. Dalam 365 hari, Allah telah memilih satu hari untuk menurunkan buku panduan kepada manusia, iaitu pada Lailatul Qadar. Lailatul Qadarini letaknya adalah di dalam bulan Ramadhan sebagaimana firman Allah dalam ayat yang lain:

Pada bulan Ramadhan yang diturun dalamnya Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,

dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk serta menjadi perbezaan

antara yang benar dengan yang salah. [al-Baqarah 2:185]

Keistimewaan seterusnya bagi Lailatul Qadar adalah ia lebih baik daripada seribu bulan. Jika dihitung, seribu bulan bersamaan dengan kehidupan selama 83 tahun dan 4 bulan. Ertinya satu malam ini lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ini adalah satu keistimewaan yang tiada tandingannya.

Keistimewaan ketiga bagi Lailatul Qadar adalah pada malam tersebut para malaikat termasuk malaikat Jibrail turun membawa ketetapan bagi segala urusan dalam kehidupan ini.[1] Hal ini dijelaskan lagi dalam ayat yang lain:

Haa, Miim. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam yang berkat;

(Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran.

(Kami menurunkan Al-Quran pada malam tersebut kerana) pada malam yang berkat itu,

dijelaskan tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku.

Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami. [al-Dukhan 44:1-5]

Bilakah malam Lailatul Qadar?

Gandingan antara surah al-Qadar dan ayat 185 surah al-Baqarah, kita dapat mengetahui bahawa Lailatul Qadarberlaku di dalam bulan Ramadhan. Hal ini kemudiannya dikhususkan lagi oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallamdengan menjelaskan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada sepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ

مِنْ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ.

Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil

daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.[2]

Jika seseorang itu tidak mampu mencarinya pada sepuluh malam yang terakhir, hendaklah dia berusaha sekurang-kurangnya untuk mencari pada tujuh malam yang terakhir sebagaimana pesan baginda:

الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ يَعْنِي لَيْلَةَ الْقَدْرِ

فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ أَوْ عَجَزَ فَلاَ يُغْلَبَنَّ

عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِي

Carilah pada sepuluh malam terakhir, yakni Lailatul Qadar.

Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah dia kalah (putus asa)

pada baki tujuh malam yang terakhir.[3]

Adakah Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadhan?

Lailatul Qadar boleh berlaku pada 27 Ramadhan akan tetapi ia tidak semestinya berlaku pada 27 Ramadhan. Sememangnya merupakan pendapat yang masyhur di kalangan sebahagian umat Islam bahawa Lailatul Qadar jatuh pada 27 Ramadhan. Kemasyhuran ini diulas oleh Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah:[4]

Ubay bin Ka‘ab dan Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma berpendapat bahawa Lailatul Qadar adalah malam 27 bulan Ramadhan. Ubay bin Ka‘ab pernah bersumpah akan hal ini kerana alamat-alamat yang dia lihat. Hal ini juga terkenal di kalangan jumhur kaum Muslimin sehinggakan malam itu (malam 27) diperingati dengan peringatan yang rasmi.

Sebenarnya tidak ada yang meyakinkan dalam hal ini.[5] (Wujud) banyak pendapat yang memberikan ketentuan (kepada bilakah malam Lailatul Qadar). Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyebut sekurang-kurangnya 46 pendapat dalam hal ini. (Di antara pendapat-pendapat tersebut), sebahagiannya dapat dikembalikan kepada sebahagian yang lain. Yang paling kuat adalah ia berlaku pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Ia berpindah-pindah (dari tahun ke tahun) sebagaimana yang dapat kita fahami daripada hadis-hadis yang membicarakan masalah ini.

Hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadar secara tepat

Hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadar secara tepat adalah sebagai motivasi kepada umat Islam untuk sentiasa berusaha menghidupkan kesemua sepuluh malam terakhir dengan ibadah dan doa. Seandainya Lailatul Qadar telah ditetapkan pada malam yang tertentu, nescaya umat Islam akan mengabaikan ibadah dan doa pada malam-malam yang lain. Sekali lagi, penjelasan Yusuf al-Qaradhawi menjadi tumpuan kita:[6]

Milik Allah-lah hikmah kebesaran yang ada di sebalik rahsia-rahsia-Nya. Sekiranya kita mendapat keyakinan bahawaLailatul Qadar berlaku pada malam tertentu sahaja, tentu semangat kita mengendur di sepanjang Ramadhan dan merasa cukup dengan menghidupkan malam yang ditentukan itu sahaja. Kerahsiaannya merupakan pendorong untuk melakukan amal pada bulan itu seluruhnya dan melipatgandakan amal tersebut pada sepuluh malam terakhir. Ini mengandungi kebaikan yang sangat banyak bagi individu mahupun jamaah.

Hal ini sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala merahsiakan saat yang doa menjadi mustajab pada hari Jumaat agar kita sentiasa berdoa kepada-Nya sepanjang hari Jumaat. Allah juga merahsiakan Nama-Nya yang paling agung yang apabila digunakan pasti akan dikabulkan-Nya, agar kita berdoa dengan menggunakan Nama-Nama baik-Nya (al-Asma al-Husna) secara keseluruhan.[7]

Beberapa alamat Lailatul Qadar

Di dalam beberapa hadis yang sahih ada diterangkan tiga alamat atau tanda bagi mengenal Lailatul Qadar:

  1. Pada malam tersebut bulan terbit seperti potongan bekas simpanan air.[8]

  2. Pada malam tersebut suasana adalah nyaman, tidak panas dan tidak sejuk.[9]

  3. Pada pagi hari selepas Lailatul Qadar, matahari terbit dengan sinaran yang tidak menyilau atau tidak terik.[10]

Tiga alamat di atas adalah benar. Akan tetapi seseorang itu hanya akan dapat mengetahui secara yakin Lailatul Qadar setelah berakhirnya bulan Ramadhan dengan menganalisa kesemua sepuluh malam terakhir berdasarkan alamat-alamat di atas. Ini kerana alamat-alamat di atas mungkin wujud secara berbeza-beza di antara malam yang berbeza-beza. Sebagai contoh, malam 21 mungkin memiliki alamat sinaran matahari yang tidak terik pada pagi harinya, malam 23 mungkin memiliki alamat suasana yang nyaman, malam 25 mungkin memiliki suasana yang lebih nyaman berbanding malam 23, malam 27 mungkin disinari dengan bulan yang terbit seperti potongan bekas simpanan air manakala malam 29 mungkin memiliki kesemua tiga alamat sekali gus.

Tujuan diterangkan alamat-alamat Lailatul Qadar bukanlah untuk menetapkan malam yang tertentu tetapi sebagai sumber motivasi untuk terus beramal dalam rangka mencari Lailatul Qadar.

Apa yang seharusnya dilakukan pada Lailatul Qadar?

Mulai sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, seseorang itu hendaklah memperbanyakkan solat malamnya. A’isyahradhiallahu 'anha menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila memasuki sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan, beliau mengasingkan diri daripada para isterinya (tidak bersetubuh) dan menghidupkan waktu malam dengan qiamulail. Baginda juga membangunkan keluarganya untuk turut berqiamulail.[11]

Di samping itu dianjurkan untuk memperbanyakkan doa, khasnya dengan memohon keampunan kepada AllahSubhanahu wa Ta‘ala. A’isyah radhiallahu 'anha menerangkan bahawa dia pernah bertanya:

“Wahai Rasulullah! Apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan?” Rasulullah menjawab:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ

فَاعْفُ عَنِّي.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi untuk mengampun,

maka ampunilah aku.”[12]

Demikian pengenalan yang dapat penulis berikan kepada para pembaca sekalian berkenaan Lailatul Qadar.Ringkasnya ia adalah satu malam teristimewa yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada kita umat Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Lailatul Qadar berlaku pada salah satu daripada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Sengaja tidak ditentukan secara tepat Lailatul Qadar untuk memberi motivasi kepada umat Islam untuk sentiasa menghidupkan sepuluh malam yang terakhir tersebut dengan qiamulail dan doa, bukan dengan nyalaan lampu. Malam 27 Ramadhan bukanlah Lailatul Qadar akan tetapi ia adalah salah satu daripada sepuluh malam yang mungkin berlakunya Lailatul Qadar.



[1] Ayat-ayat ini membatalkan kepercayaan sesetengah pihak bahawa ketentuan urusan kehidupan diturunkan pada malam Nisfu Sya’ban. Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban mereka membaca surah Yasin tiga kali dan berdoa untuk kemurahan rezeki, panjang umur dan lain-lain kebaikan yang mereka rancang untuk tempoh setahun yang akan datang.

[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 2017 (Kitab Solat Tarawih, Bab mencari Lailatul Qadar……)

[3] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya – hadis no: 1165 (Kitab Puasa, Bab Keutamaan Lailatul Qadar……)

[4] Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms. 176.

[5] Di sini al-Qaradhawi bukannya menolak keterangan Ubay bin Ka‘ab dan Ibn ‘Abbas kerana apa yang disebut oleh kedua-dua sahabat yang mulia tersebut hanya benar bagi tahun yang mereka alaminya. Ia tidak boleh dijadikan dalil yang menetapkan secara mutlak kerana Lailatul Qadar sentiasa berubah-ubah dari tahun ke tahun.

[6] Fiqh al-Siyam, ms. 176-177

[7] Antara adab berdoa yang dianjurkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah ialah berdoa dengan menyebut Nama-Nama Allah. Lebih lanjut rujuk buku Kaedah Memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah oleh Mohd. Yaakub Mohd. Yunus terbitan Jahabersa, Johor Bahru 2004.

[8] Rujuk Shahih Muslim – hadis no: 1170 (Kitab puasa, Bab keutamaan Lailatul Qadar……)

[9] Rujuk Shahih al-Jami’ al-Shagheir – hadis no: 5475.

[10] Rujuk Shahih Muslim – hadis no: 762 (Kitab Solat Musafir, Bab anjuran bersolat pada malam Ramadhan……)

[11] Rujuk Shahih Muslim – hadis no: 1174 (Kitab Iktikaf, Bab bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir……)

[12] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 3119(Kitab Doa).

Seks Di Siang Ramadhan

Seks Di Siang Ramadhan

(Baca Di Malam Ramadhan)

Oleh:

Hafiz Firdaus Abdullah

Saya yakin hampir semua muslim mengetahui hukum seks di siang Ramadhan. Ia dilarang, sebagaimana dilarang juga makan dan minum berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمْ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ

مِنْ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنْ الْفَجْرِ

ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ.

Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang)

dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.

Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).

[al-Baqarah 2:187]

Saya juga yakin hampir semua muslim mengetahui hukuman kafarat ke atas orang yang melakukan seks di siang Ramadhan, iaitu sama ada membebaskan seorang hamba, puasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan enam puluh orang miskin. Hukuman kafarat ini berdasarkan hadis berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ

إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: هَلَكْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ!

قَالَ: وَمَا أَهْلَكَكَ؟

قَالَ: وَقَعْتُ عَلَى امْرَأَتِي فِي رَمَضَانَ.

قَالَ: هَلْ تَجِدُ مَا تُعْتِقُ رَقَبَةً؟ قَالَ :لاَ.

قَالَ: فَهَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تَصُومَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ؟ قَالَ: لاَ.

قَالَ: فَهَلْ تَجِدُ مَا تُطْعِمُ سِتِّينَ مِسْكِينًا؟ قَالَ: لاَ.

قَالَ: ثُمَّ جَلَسَ فَأُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَقٍ فِيهِ تَمْرٌ

فَقَالَ: تَصَدَّقْ بِهَذَا.

قَالَ: أَفْقَرَ مِنَّا فَمَا بَيْنَ لاَبَتَيْهَا أَهْلُ بَيْتٍ أَحْوَجُ إِلَيْهِ مِنَّا.

فَضَحِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَدَتْ أَنْيَابُهُ

ثُمَّ قَالَ: اذْهَبْ فَأَطْعِمْهُ أَهْلَكَ.

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, bahawa seorang lelaki datang

menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata:“Celakalah saya wahai Rasulullah!”

Rasulullah bertanya: “Apa yang mencelakakan kamu?”

Dia menjawab: “Saya telah melakukan hubungan seks dengan isteri saya pada (siang hari) bulan Ramadhan.”

Lalu Rasulullah bertanya: “Bolehkah kamu mencari seorang hamba untuk dibebaskan?” “Tidak!”

“Bolehkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?” “Tidak!”

“Bolehkah kamu memberi makan kepada enam puluh orang miskin?” “Tidak!”

Kemudian dia duduk. Tatkala itu dibawakan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sebakul kurma.

Rasulullah berkata kepadanya: “Sedekahkanlah (kurma) ini”.

Dia menjawab: “Adakah yang lebih miskin dari kami?

Tidak ada yang lebih miskin di antara dua lembah Madinah ini melainkan keluarga saya.”

Mendengar yang sedemikian Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ketawa sehingga nampak gigi baginda.

Lalu baginda bersabda: “Pergilah dan berilah makan keluarga kamu (dengan kurma ini).”

[Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1111-1 (Kitab al-Siyam, Bab larangan keras melakukan hubungan seks…)].

Akan tetapi hukum berkenaan seks di siang Ramadhan tidak semudah yang dijangkakan. Jika kita menelaah kitab-kitab fiqh keempat-empat mazhab dahulu dan kini, akan ditemui perbincangan yang terperinci dalam persoalan ini. Sekadar mampu saya telah mengkaji kitab-kitab tersebut dan hasil kajian saya permudahkan dalam risalah yang ringkas ini.

Maksud saya sebagai “permudahkan” ialah memudahkan cara untuk menyampaikan perbezaan pendapat yang berlaku di antara dan di dalam mazhab. Ini kerana jika kita mengkaji khazanah keempat-empat mazhab, akan ditemui mereka saling berbeza pendapat dalam sesuatu persoalan fiqh. Perbezaan ini berlaku bukan sahaja di antara mazhab tetapi dalam satu mazhab yang sama. Semua ini adalah normal kerana apabila kita berinteraksi dengan sesuatu subjek berdasarkan ilmu, pasti akan ada perbezaan pendapat.

Katakanlah terdapat satu persoalan hukum yang memiliki perbezaan pendapat sama ada ia makruh atau haram. Saya memiliki dua cara untuk menyampaikan perbezaan tersebut:

  1. Menyebut nama mazhab-mazhab dan perbezaan pendapat mereka. Umpama:

    Dalam persoalan ini, terdapat dua pendapat dari Ahmad, yang pertama ialah makruh manakala yang kedua ialah haram. Ada pun di sisi Mazhab Hanafi, para tokoh mereka yang awal berpendapat ia adalah makruh sementara para tokoh terkemudian mendiamkannya. Bagi Mazhab al-Syaf‘e, pendapat yang ashah ialah haram. Demikian juga di sisi Malikiyyah, ia adalah haram. Namun terdapat sebuah riwayat dari Malik yang menyatakan beliau hanya memakruhkannya.

  2. Tidak menyebut nama mazhab, sebaliknya menyebut perbezaan mereka, sebab perbezaan dan pendapat yang paling kuat (rajih) dalam perbezaan tersebut. Umpama:

    Dalam persoalan ini, para ilmuan terbahagi kepada dua pendapat. Yang pertama berpendapat ia adalah makruh manakala yang kedua berpendapat ia adalah haram. Punca perselisihan ialah kerana hadis dalam persoalan ini boleh difahami melalui dua cara. Antara dua pendapat ini, yang rajih ialah makruh kerana…… .

Cara mana yang lebih mudah dan mesra kepada para pembaca awam? Tentunya cara kedua. Ada pun para pembaca yang inginkan pandangan setiap mazhab secara berasingan, dia boleh merujuk kepada kitab-kitab mazhab tersebut dalam bab yang dibincangkan. Lebih lanjut berkenaan cara berinteraksi dengan mazab-mazhab fiqh yang empat ini, sila rujuk buku saya Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam terbitan Jahabersa, Johor Bahru.

Kembali kepada persoalan seks di siang Ramadhan, secara umumnya terdapat dua perkara yang perlu diperincikan.Pertama berkenaan aktiviti seks yang dilakukan manakala kedua berkenaan hukuman kafarat yang dikenakan.

Bahagian A: Aktiviti Seks Yang Mewajibkan Kafarat.

Terdapat beberapa pecahan tentang aktiviti seks dan kaitannya dengan hukuman kafarat. Ia adalah seperti berikut:

A-1: Seks Yang Disepakati Hukuman Kafarat.

Sesiapa yang melakukan hubungan seks dalam bentuk lelaki memasukkan zakar ke dalam faraj wanita, maka puasanya batal dan dia dikenakan hukuman kafarat tanpa mengira sama ada keluar air mani atau tidak. Sejauh yang saya kaji, tidak ada perselisihan di kalangan para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dalam hukum ini.

A-2: Seks Yang Diperselisihkan Sama Ada Dikenakan Kafarat Atau Tidak.

Para ilmuan dari keempat-empat mazhab: al-Syafi’e, Maliki, Hanafi dan Hanbali memiliki perbincangan yang meluas berkenaan hukuman kafarat bagi aktiviti seks selain A-1. Sebelum menyenaraikan aktiviti seks yang dimaksudkan, ingin saya gariskan bahawa sebahagian daripada aktiviti seks tersebut ada yang haram hukumnya. Hanya dalam risalah ini, saya tidak membincang halal atau haram aktiviti tersebut, sebaliknya memberi tumpuan kepada wajib atau tidak hukuman kafarat bagi sesiapa yang melakukannya. Hukum halal atau haram boleh dirujuk kepada sumber-sumber yang membicara Fiqh al-Mubasyarah secara khusus.

Aktiviti seks selain A-1 yang dimaksudkan adalah:

  1. Seks antara lelaki dan wanita tanpa memasukkan zakar ke dalam faraj.

  2. Seks antara jantina yang sama, iaitu lelaki dengan lelaki (gay) atau perempuan dengan perempuan (lesbian). Tidak dibezakan sama ada jenis kemaluan adalah semula jadi atau melalui pembedahan.

  3. Seks bersendirian seperti onani (masturbation), menonton tayangan lucah, membaca majalah lucah atau menggunakan alat-alat mainan tertentu.

  4. Seks dengan selain manusia, seperti seks dengan mayat (manusia yang telah meninggal dunia), jin, haiwan dan makhluk asing.

Bagi aktiviti-aktiviti seks di atas, para ilmuan bersepakat bahawa ia membatalkan puasa. Akan tetapi mereka terbahagi kepada dua pendapat berkenaan hukuman kafarat:

  • Pendapat Pertama menyatakan hukuman kafarat tidak dikenakan kerana aktiviti-aktiviti seks di atas tidak melibatkan zakar yang dimasukkan ke dalam faraj wanita.

  • Pendapat Kedua menyatakan hukuman kafarat wajib dikenakan kerana sekali pun aktiviti-aktiviti di atas tidak melibatkan zakar yang dimasukkan ke dalam faraj, ia tetap merupakan suatu aktiviti seks yang memberikan kepuasan seksual kepada pelakunya.

Di antara dua pendapat di atas, yang rajih (kuat) ialah pendapat kedua. Ini kerana aktiviti seks wujud dalam pelbagai bentuk dan cara, dimana kesemuanya memberi kepuasan seksual kepada pelakunya. Padahal ibadah puasa ialah menahan diri dari makan, minum dan seks dari waktu fajar sehingga maghrib. Ia bukan makanan dan minuman tertentu sahaja tetapi meliputi semua jenis makanan dan minuman. Demikian juga bagi seks, ia bukan aktiviti seks yang melibatkan zakar yang dimasukkan ke dalam faraj sahaja, tetapi melibatkan apa jua aktiviti yang masuk dalam kategori “seks”.

A-3: Beberapa Pengecualian Dan Kelonggaran.

Terdapat beberapa aktiviti atau kes yang dikecualikan atau diberi kelonggaran, iaitu:

  • Cium. Dibolehkan bagi orang yang dapat mengawal nafsunya untuk berciuman dengan pasangannya. Berciuman tidak membatalkan puasa dan tidak mewajibkan kafarat. Dalilnya adalah keterangan A’isyahradhiallahu 'anha:

    كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ وَهُوَ صَائِمٌ

    وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ

    وَلَكِنَّهُ أَمْلَكُكُمْ لإِرْبِهِ.

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mencium (isterinya) padahal baginda sedang berpuasa

    dan pernah bermesra-mesraan (dengan isterinya) padahal baginda berpuasa.

    Akan tetapi baginda adalah orang yang paling mampu mengendali nafsunya di antara kalian.

    [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1106 (Kitab al-Siyam, Bab mencium tanpa syahwat dibolehkan bagi orang berpuasa)]

    Justeru dibolehkan bagi seorang suami mencium isterinya sebelum pergi kerja atau isteri memeluk suaminya sekembalinya dari kerja. Aktiviti seperti ini dibolehkan dengan syarat ia dikawal dari berlarutan.

  • Bermesra-mesraan. Dibolehkan bagi orang tua untuk bermesra-mesraan dengan pasangannya. Bagi orang yang tidak dapat mengawal nafsunya, seperti orang muda, ditegah baginya dari bermesra-mesraan di siang Ramadhan. Bermesra-mesraan tidak membatalkan puasa dan tidak mewajibkan kafarat. Abu Hurairahradhiallahu 'anh menerangkan:

    أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْمُبَاشَرَةِ

    لِلصَّائِمِ فَرَخَّصَ لَهُ.

    وَأَتَاهُ آخَرُ فَسَأَلَهُ فَنَهَاهُ

    فَإِذَا الَّذِي رَخَّصَ لَهُ شَيْخٌ

    وَالَّذِي نَهَاهُ شَابٌّ.

    Seorang lelaki bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkenaan bermesra-mesraan

    (dengan isteri pada siang) Ramadhan dan baginda memberi keringanan baginya (boleh melakukannya). (Kemudian) datang pula seorang lelaki lain yang bertanya soalan yang sama

    namun baginda melarangnya. Maka yang diberi keringanan ialah orang tua

    manakala yang dilarang ialah orang muda.

    [Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 2387 (Kitab al-Shaum, Bab dimakruhkan mencium)]

  • Dalam keadaan junub sesudah terbit fajar. Tidak mengapa jika seseorang itu dalam keadaan junub sesudah terbit fajar. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersetubuh dengan isteri baginda di malam Ramadhan dan hanya Mandi Wajib sesudah terbitnya fajar [Shahih al-Bukhari, hadis no: 1925, 1926 (Kitab al-Shaum, Bab orang berpuasa yang bangun pagi dalam keadaan junub)]. Walaubagaimana pun hendaklah Mandi Wajib sebelum luput waktu Subuh agar dengan itu dia dapat melaksanakan solat Subuh dalam waktunya.

  • Keluar air mazi. Air mazi ialah cecair pelincir yang keluar di zakar dan faraj. Ia lazimnya keluar sebelum keluarnya air mani, bertujuan memperlincirkan pergerakan antara zakar dan faraj ketika melakukan hubungan seks. Keluarnya air mazi, sama ada sengaja atau tidak sengaja, tidak membatalkan puasa dan tidak mewajibkan kafarat kerana ia bukanlah hubungan seks tetapi pengantar kepada hubungan seks. Air mazi juga tidak mewajibkan Mandi Wajib, sebaliknya cukup dengan membasuh kemaluan dan mengambil wudhu’. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    إِذَا رَأَيْتَ الْمَذْيَ فَاغْسِلْ ذَكَرَكَ

    وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ.

Apabila kamu melihat air mazi, maka basuhlah kemaluan kamu

dan berwudhu’lah sebagaimana kamu berwudhu’ untuk solat.

[Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 206 (Kitab al-Thaharah, Bab berkenaan air mazi)]

  • Air mani yang meleleh keluar. Wujud kemungkinan air mani meleleh keluar kerana penyakit tertentu atau baki daripada hubungan seks sebelum fajar. Air mani yang meleleh keluar tidak membatalkan puasa dan tidak mewajibkan kafarat. Ia juga tidak mewajibkan Mandi Wajib. Ini kerana yang diambil kira sebagai hubungan seks dan yang mewajibkan Mandi Wajib ialah air mani yang terpancut keluar (ejaculation). Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ.

    Apabila kamu memancutkan air mani, maka mandilah (Mandi Wajib).

    [Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 206 (Kitab al-Thaharah, Bab berkenaan air mazi)]

  • Tidak sengaja. Orang yang melakukan aktiviti seks secara tidak sengaja tidak batal puasanya dan tidak wajib kafarat atas dirinya. Ini kerana Allah al-Rahman dan al-Rahim tidak mengambil kira kesalahan yang tidak disengajakan:

    وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ

    وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ

    وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا.

    Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya,

    tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu untuk melakukannya.

    Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Ahzab 33:05]

    Seks tidak sengaja yang dimaksudkan ialah:

    • a) Mimpi sehingga memancutkan air mani (mimpi basah).

    • b) Jahil, iaitu tidak tahu tentang larangan aktiviti seks di siang Ramadhan atau tidak tahu hukum-hukum perinciannya.

    • c) Tersilap, seperti orang yang tersilap dalam menentukan waktu fajar dan waktu maghrib lalu dia membuat aktiviti seks kerana disangkakan fajar belum terbit atau maghrib sudah berlalu.

    • d) Terlupa, iaitu orang yang terlupa dia sedang berpuasa atau dia berada di waktu siang Ramadhan sehingga melakukan aktiviti seks.

  • Dipaksa. Seperti orang yang dirogol, dia dipaksa kepada aktiviti seks tanpa kerelaan dirinya. Orang yang dipaksa kepada aktiviti seks tidak terbatal puasanya dan tidak wajib kafarat ke atas dirinya. Ini kerana orang yang dipaksa tanpa kerelaan dirinya tidak menerima apa-apa hukuman. Sebagai contoh, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman mengenai orang yang dipaksa ke arah kekufuran:

    مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلاَّ مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالإِيمَانِ.

    Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman (maka dia tidak mendapat kemurkaan dan azab dari Allah). [al-Nahl 16:106]

    Maka demikianlah juga bagi orang yang dipaksa kepada aktiviti seks padahal hatinya menolak dan membantahnya, dia tidak dikira sebagai melakukan hubungan seks di siang Ramadhan. Puasanya tidak batal dan tiada kafarat yang diwajibkan ke atas dirinya.

    Walaubagaimana pun, kebanyakan ahli fiqh berpendapat orang yang dipaksa kepada aktiviti seks terbatal puasanya, hanya tiada kafarat yang dikenakan ke atas dirinya. Tanpa melepaskan kehormatan saya kepada para ahli fiqh tersebut, saya tidak bersetuju dengan pendapat mereka kerana dua sebab:

    • 1.Orang yang dipaksa melakukan aktiviti seks, seperti dirogol, dia pada hakikatnya tidak melakukan aktiviti seks. Ini kerana seks ialah satu aktiviti yang melibatkan kerelaan, keseronokan dan pemuasan nafsu bagi orang atau orang-orang yang melakukannya. Orang yang dipaksa kepada aktiviti seks amat jauh dari berada dalam keadaan rela, seronok dan puas. Bahkan yang dialaminya ialah di sebalik itu semua.

    • 2.Memasukkan sesuatu ke dalam rongga tidak membatalkan puasa. Perkara ini telah saya kupas dengan panjang lebar dalam risalah Puasa Ramadhan: Antara Yang Ditinggalkan Dan Yang Ditokok Tambah.Oleh itu zakar yang dimasukkan secara paksa ke dalam faraj wanita yang menjadi mangsa rogol tidak membatalkan puasa wanita tersebut.

  • Hyperseks. Dalam kes-kes terpencil terdapat orang yang terpaksa melakukan aktiviti seks beberapa kali dalam sehari. Jika tidak, kesihatan dan kehidupannya akan terjejas secara serius. Bahkan mungkin kemudaratan akan berlaku kepada kemaluannya. Bagi orang seperti ini, dia tidak wajib berpuasa kerana termasuk dalam kategori orang yang memiliki penyakit (surah al-Baqarah 2:183-184). Pada waktu yang sama, dia perlu berjumpa dengan doktor pakar atau menerima kaunseling berkenaan masalah hyperseks yang dihadapinya.

A-4: Sengaja Berbuka Puasa Untuk Melakukan Aktiviti Seks.

Para ilmuan berbeza pendapat berkenaan orang yang ingin melakukan aktiviti seks di siang Ramadhan, lalu dia sengaja makan, minum atau musafir untuk berbuka puasa demi melakukan aktiviti seks tersebut. Terdapat dua pendapat di kalangan para ilmuan:

1. Dia tidak diwajibkan kafarat.

2. Dia diwajibkan kafarat.

Pendapat yang rajih (kuat) ialah dia tetap diwajibkan kafarat kerana pada hakikatnya, dia melakukan hubungan seks dalam keadaan berpuasa. Ada pun tindakannya untuk membatalkan puasa, ia hanya satu muslihat untuk menghalalkan sesuatu yang diharamkan pada siang Ramadhan. Orang yang melakukan muslihat tersebut, dia tidak lain hanya menipu dirinya sendiri:

يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا

وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ.

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman,

padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. [al-Baqarah 2:09]

Tindakannya tidak berbeza dengan orang yang ingin mencuri duit di dalam bank, lalu dia membuat sebuah buku akaun yang palsu. Dengan buku akaun tersebut, dia dapat mengeluarkan duit. Dari sudut teknikal, dia dikira “mengeluarkan duit (cash withdrawal). Akan tetapi dari sudut hakikat, dia sebenarnya mencuri sesuatu yang bukan miliknya. Dia adalah seorang pencuri yang mencuri secara muslihat. Jika dihadap ke mahkamah, dia akan dijatuhkan hukuman sebagai pencuri.

A-5: Tidak Berpuasa Atas Alasan Syar‘i, Kemudian Melakukan Aktiviti Seks.

Katakanlah, ada pasangan suami isteri yang tidak berpuasa Ramadhan kerana alasan yang dibenarkan oleh syari‘at. Suami tidak berpuasa kerana diserang sakit kepala yang amat dahsyat (migraine) manakala isteri pula tidak berpuasa kerana berada dalam tempoh haid. Kemudian pada pukul sebelas pagi suami sembuh dari sakit kepalanya dan pada pukul satu tengah hari isteri suci dari haidnya. Apa hukumnya jika pasangan suami isteri ini ingin melakukan aktiviti seks pada pukul tiga petang?

Terdapat dua pendapat di kalangan para ilmuan terhadap persoalan ini:

  1. Mereka wajib menahan diri dari perkara-perkara yang dilarang pada siang Ramadhan sehingga masuk waktu maghrib. Ini disebut sebagai Wajib Imsak. Maka mereka tidak boleh makan, minum dan dalam persoalan ini – melakukan aktiviti seks – sehingga masuknya waktu maghrib. Jika melakukan hubungan seks, kafaratdikenakan.

  2. Mereka tidak wajib menahan diri dari perkara-perkara yang dilarang pada siang Ramadhan. Ini kerana konsepWajib Imsak tidak wujud dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Maka mereka boleh makan, minum dan melakukan aktiviti seks di siang Ramadhan.

Pendapat yang rajih (kuat) ialah mereka boleh melakukan aktiviti seks tanpa dikenakan hukuman kafarat. Mereka telah mendapat kelonggaran (rukhsah) dari syari‘at Islam untuk tidak berpuasa pada hari tersebut kerana alasan-alasan yang tidak mereka sengajakan. Maka sekali pun alasan-alasan itu telah hilang, kelonggaran tetap diberikan kepada mereka sepanjang hari tersebut untuk makan, minum dan dalam persoalan ini, melakukan aktiviti seks.

Bahagian B: Beberapa Perincian Berkaitan Kafarat.

Seseorang yang telah melakukan aktiviti seks yang mewajibkan hukuman kafarat hendaklah memerhatikan beberapa perincian berikut berkenaan hukum kafarat itu sendiri:

B-1: Hukum Kafarat Untuk Seks Berbilang Kali.

Para ilmuan meneliti hukum mengenai orang yang melakukan seks berbilang kali, seperti:

  1. Orang yang melakukan aktiviti seks tiga kali di siang Ramadhan, apakah dia dikenakan hukuman kafarat sekali atau tiga kali?

  2. Orang yang memiliki tiga isteri lalu pada satu hari di siang Ramadhan dia melakukan aktiviti seks dengan setiap orang dari mereka sekali. Apakah dia dikenakan hukuman kafarat sekali atau tiga kali?

  3. Orang yang melakukan aktiviti seks sebanyak tiga kali di siang hari dalam bulan Ramadhan, setiap satunya pada hari yang berasingan. Apakah dia dikenakan hukuman kafarat sekali atau tiga kali?

Dalam penelitian tersebut, ada yang menghitung hukuman kafarat berdasarkan bilangan aktiviti seks yang dilakukan sepanjang Ramadhan. Sebahagian yang lain pula menghitung jumlah hari aktiviti seks dilakukan sepanjang Ramadhan, tanpa menghitung bilangan yang dilakukan dalam sehari.

Pendapat yang rajih (kuat) ialah hukuman kafarat dihitung mengikut jumlah hari dan bukannya bilangan seks. Ini kerana kafarat adalah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan hubungan seks ketika berpuasa di siang hari. Ia tidak berkaitan dengan bilangan aktiviti seks, tetapi merujuk kepada aktiviti seks itu sendiri dalam sehari. Maka bagi kes pertama dan kedua di atas, pelaku hanya dikenakan hukuman kafarat sekali sementara bagi kes ketiga, pelaku dikenakan hukuman kafarat tiga kali.

B-2: Cara Melaksanakan Hukuman Kafarat.

Cara melaksanakan hukuman kafarat adalah seperti berikut:

  1. Membebaskan hamba. Pada masa kini tidak ada hamba yang wujud, maka ia tidak lagi dilaksanakan. Pembantu rumah warga Indonesia bukanlah hamba, maka membebaskan mereka dari kontrak kerja tidak termasuk dalam kategori ini.

  2. Berpuasa dua bulan berturut-turut. Iaitu berpuasa secara berturutan selama dua bulan mengikut kalendar Islam (hitungan berdasarkan peredaran anak bulan). Jika seseorang itu memutuskan perturutan ini dengan sengaja, maka dia wajib mengulangi kesemua dua bulan tersebut dari awal.

    Jika seseorang itu memutuskan perurutan ini dengan alasan yang syar‘i, seperti musafir, sakit, kerja keras yang tidak dijangkakan (kereta rosak di kawasan pendalaman), haid, hamil, menyusu dan bertembung dengan hari yang dilarang berpuasa, maka terdapat dua pandangan di kalangan para ilmuan:

    a) Dia wajib mengulangi kesemua dua bulan tersebut dari awal.

    b) Dia menyambung jumlah hari yang berbaki setelah alasan syar‘i tersebut hilang.

    Pandangan yang rajih (kuat) ialah dia hanya menyambung jumlah hari yang berbaki. Pandangan yang pertama mustahil dilaksanakan oleh sesiapa jua dan ia menyelisihi ciri-ciri istimewa syari‘at Islam yang sentiasa memahami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh manusia sebelum menggariskan sesuatu hukuman.

  3. Memberi makan enam puluh orang miskin. Iaitu memberi makanan yang mengenyangkan kepada enam puluh orang miskin. Setakat ini saya tidak menemui hadis sahih yang menerangkan jenis makanan mahu pun kadarnya. Tidak juga ditemui ukuran bagaimana menentukan seseorang itu miskin atau tidak. Maka jenis, kadar dan ukuran ini dirujuk kepada kebiasaan (al-‘Urf) masyarakat. Di bandar-bandar besar, makanan yang mengenyangkan lazimnya bernilai RM5.00, terdiri dari nasi, satu lauk dan satu sayur. Jika di pekan-pekan kecil, makanan yang sama mungkin bernilai RM3.00.

Ada pun ukuran orang miskin, maka ia adalah berdasarkan penilaian orang yang dikenakan hukuman kafarat. Memadai penilaian secara zahir, tidak perlu meminta penyata gaji atau melakukan temuduga kepada orang miskin yang bakal diberikan makanan.

B-3: Jika Tidak Mampu Melaksanakan Kafarat.

Orang yang tidak mampu melaksanakan kafarat memiliki dua pilihan:

  1. Menangguhkannya sehingga ke satu masa dimana dia mampu melaksanakannya.

  2. Mewakilkan (meminta) orang lain yang berkemampuan untuk memberi makanan kepada enam puluh orang miskin.

Kedua-dua pilihan ini adalah berdasarkan hadis Abu Hurairah radhiallahu 'anh yang dikemukakan di awal risalah ini. Hadis itu menerangkan berkenaan orang lelaki yang melakukan aktiviti seks di siang Ramadhan tetapi tidak mampu melaksanakan mana-mana dari tiga hukuman kafarat yang dikenakan ke atasnya. Sekali pun tidak mampu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melepaskan dia, sebaliknya hanya mendiamkan diri. Ini menunjukkan dia tetap wajib melaksanakan kafarat.

Dia juga boleh mewakilkan, yakni meminta orang lain yang mampu untuk memberi makanan kepada enam puluh orang miskin. Ini berdasarkan tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang mengambil sebakul kurma yang dihadiahkan kepada baginda dan memberikannya kepada lelaki yang tidak mampu tersebut. Di sini, Rasulullah telah memberi makanan kepada enam puluh orang miskin bagi pihak lelaki yang tidak mampu tersebut.

B-4: Hukuman-Hukuman Kafarat, Adakah Ia Secara Tertib Atau Pilihan?

Ketiga-tiga hukuman kafarat, iaitu membebaskan seorang hamba, puasa dua bulan berturut-turut dan memberi makan enam puluh orang miskin, adakah ia secara tertib atau pilihan?

Di kalangan para ilmuan, ada yang berpandangan ia dilaksanakan secara tertib. Seseorang yang dikenakan hukuman kafarat hendak berpuasa dua bulan hari berturut-turut. Jika tidak mampu, barulah dia pergi ke tertib seterusnya, iaitu memberi makan enam puluh orang miskin. Mereka menggunakan hadis Abu Hurairah radhiallahu 'anh yang dikemukakan di awal risalah ini sebagai dalil, dimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertanya kepada lelaki yang melakukan aktiviti seks hukuman-hukuman kafarat secara tertib.

Sebahagian ilmuan yang lain berpandangan ia dilaksanakan secara pilihan. Seseorang yang dikenakan hukumankafarat boleh memilih sama ada berpuasa dua bulan hari berturut-turut atau memberi makan enam puluh orang miskin. Dalil mereka ialah hadis sama yang diriwayatkan dalam lafaz yang menggunakan perkataan “atau”:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ رَجُلاً

أَفْطَرَ فِي رَمَضَانَ أَنْ يُعْتِقَ رَقَبَةً

أَوْ يَصُومَ شَهْرَيْنِ أَوْ يُطْعِمَ سِتِّينَ مِسْكِينًا.

Bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan lelaki

yang melakukan aktiviti seks di (siang) Ramadhan untuk memerdekakan hamba

atau berpuasa dua bulan atau memberi makan enam puluh orang miskin.

[Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1111-3 (Kitab al-Siyam, Bab larangan keras melakukan hubungan seks…)].

Pendapat yang rajih (kuat) ialah secara tertib, kerana jika dikaji kesemua hadis-hadis dalam bab ini, akan didapati jumlah jalan periwayatan dengan lafaz tertib adalah jauh lebih banyak dari jalan periwayat dengan lafaz pilihan (“atau”).

Justeru bagi orang yang melakukan aktiviti seks yang mewajibkan hukuman kafarat, hendaklah dia mempertimbangkan hukuman berpuasa selama dua bulan hari secara berturut-turut terlebih dahulu. Antara yang turut dipertimbangkan adalah kemampuan dia untuk menahan diri dari melakukan aktiviti seks di siang hari selama dua bulan. Jika tidak mampu, barulah dia beralih kepada hukuman memberi makanan kepada enam puluh orang miskin.

B-5: Adakah Kafarat Dikenakan Atas Suami Sahaja Atau Suami Dan Isteri?

Terhadap pasangan suami isteri yang melakukan aktiviti seks di siang Ramadhan, adakah hukuman Kafaratdikenakan di atas suami sahaja atau suami dan isteri? Persoalan ini berpaksi kepada hadis Abu Hurairah radhiallahu 'anh yang dikemukakan di awal risalah ini, dimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendiamkan isteri lelaki yang datang berjumpa baginda. Sikap diam baginda menimbulkan dua pandangan di kalangan para ahli ilmu:

  1. Isteri terkecuali kerana sikap diam baginda menunjukkan isteri tidak dikenakan hukuman kafarat. Seandainya isteri dikenakan hukuman juga, nescaya baginda akan menyebutnya kerana tidak boleh mendiamkan perkara yang memiliki hukuman ke atasnya.

  2. Isteri termasuk sama dikenakan hukuman kafarat. Ini kerana semua hukam Islam adalah sama antara lelaki dan wanita, suami dan isteri. Tidak ada pengecualian kepada salah seorang dari mereka melainkan dengan dalil. Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendiamkan isteri lelaki yang bertanya, ia adalah kerana isteri tersebut memang berada dibawah hukuman kafarat yang sama dengan suaminya. Seandainya isteri dikecualikan, nescaya baginda akan menyebut pengecualian tersebut.

Di antara dua pandangan di atas, saya memilih yang di pertengahan. Lelaki dikenakan hukuman kafarat bagai aktiviti seks yang dilakukan bersama isterinya. Ada pun isteri, maka dia tertakluk kepada tiga keadaan:

  1. Isteri turut rela, sama ada sebelum, semasa atau sesudah melakukan aktiviti seks dengan suaminya. Maka isteri dikenakan hukuman kafarat.

  2. Isteri tidak rela melakukan aktiviti seks dengan suaminya, dari permulaan hinggalah akhir. Maksudnya, isteri dipaksa melakukan aktiviti seks padahal dia tidak menghendakinya kerana waktu pada ketika itu ialah di siang Ramadhan. Maka isteri tidak dikenakan hukuman kafarat dan puasanya juga tidak batal.

  3. Isteri tidak rela melakukan aktiviti seks, tetapi terpaksa merelakan diri demi menjaga kemaslahatan suami. Dibimbangi jika nafsu seks suami tidak dilayan dengan baik, suami akan beralih mencari aktiviti seks yang lain, yang haram hukumnya dan besar kemudaratannya. Maka isteri tidak dikenakan hukuman kafarat tetapi puasanya batal.

Kesimpulan.

Keliru kerana terlalu banyak perincian hukum dan perbezaan pandangan dalam perincian tersebut? Atau ada persoalan seks yang tidak terjawab dalam risalah ini? Ada pilihan lain yang mudah, iaitu jangan melakukan apa-apa aktiviti seks di siang Ramadhan. Bahkan jangan menghampiri apa-apa yang bersifat seksual di siang Ramadhan. Pilihan ini disebut sendiri oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di akhir ayat 187 surah al-Baqarah. Setelah menyebut larangan daripada seks, makan dan minum dari fajar hingga maghrib, Allah berfirman:

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلاَ تَقْرَبُوهَا.

Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. [al-Baqarah 2:187]

Ini adalah pilihan yang lebih mudah, baik dan selamat, yang juga menjadi kesimpulan kepada risalah Seks Di Siang Ramadhan.