Tuesday, August 17, 2010

Kuih Seri Muka





Assalamulaikum...!! Harap kawan2 semua sihat hendaknya. Hari ni masuk hari ke 7 berpuasa ye..dalam diam x diam dah seminggu dah..Kuih ni biasa di makan sewaktu berbuka...jom try buat semua..


Kuih Seri Muka
Resepi dari Mamasya FP

Bahan lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair (1/2 peket santan debu dikacau menjadi 2 1/2 cawan) + sikit garam

Cara-cara:
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik /sapu minyak dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan lapisan Atas:
2 cawan santan pekat (1 tin coconut milk)
1/2 cawan gula
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad perasa pandan
1 biji telur
1 sudu teh garam
* (resepi asal guna jus pandan tukar guna kastad yg dah ada perasa pandan dan warna hijau)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit. (CT tutup loyang dengan alumnium foil agar atas kuih cantik)
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni.. masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam.. pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata.. pastu tekan pulut dalam loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas.. then baru masukkan lapisan atas.