Tuesday, August 17, 2010

RESEPI DESERT BERBUKA PUASA

Cendol




Perghhhh..... rasa nyaman dan sejukkkkk jer bila cendol ni masuk kat tekak. Tambah2 lagi kat KL ni cuaca panas membahang . Dok dalam rumah pun bole berpeluh2, lagi ler kalau jalan2 kat luar. Tu yang tergerak nak buat air cendol ni haaa.... Jom ler merasa sorang 2-3 sudu ehh.. . aku buat pun sikit jer hehehe. Sila... sila... jangan teragak2 nak merasa, gerenti dijamin halal ekekeke. Resepi cendol senang jer nak sediakan, tapi tak per aku carikan dan kongsikan di sini...


Cendol
Resepi dari Noreen-homecooking

Bahan-bahan:
Cendol
kacang merah dalam tin #
Jagung #
Cincau #
Santan dicampurkan sedikit garam
Ais kiub
(Bahan bertanda#, yang ni MOFA tambah)

Bahan air gula:
300 gm gula melaka - dicincang
100 gm gula pasir
250 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:
1. untuk membuat air gula, jerang semua bahan hingga gula larut. biar sejuk.
2. untuk menghidangnya, letak cendol di dalam gelas, kacang merah, jagung krim, cincau dan tambah kiub ais.
3. tuangkan santan bercampur garam dan air gula dah boleh ler minum.

Bubur Putih Bubur Merah






















Bubur Putih Bubur Merah


Bahan-bahan:
2 'pot' beras + 1/2 'pot' beras pulut
300 ml santan pekat
Daun pandan
Garam secukupnya
Gula pasir - ikut kemanisan lah nya
Gula merah (bancuh dengan sedikit air & tapis)
Air (sukatan seperti nak buat bubur nasi)
(Nota: "Pot" ni ukuran dia lebih kurang sebesar 1 tin susu manis saiz kecil)

Cara-cara:
1. Bersihkan beras dan beras pulut. Masukkan daun pandan dan sedikit garam dan masak seperti nak memasak bubur nasi.
2. Bila beras sudah kembang, masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih.
3. Asingkan separuh daripada bubur ini dalam bekas yang lain.
4. Kemudian masukkan bancuhan gula merah dan kacau sehingga sebati.
5. Siap untuk dihidangkan


Puding Roti Pandan Kukus





Puding Roti Pandan Kukus

Bahan-bahan:
12-14 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
1 biji kelapa parut (CT guna santan kotak 100 ml)
5 cawan air
2 biji telur (dipukul ringan)
1 cawan gula pasir (sukatan manis ikut selera masing2)
1/2 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

Cara-cara:
1. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2 dan blend dengan kelapa parut dan air. Tapis untuk mendapatkan santan yang kini berperisa pandan.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, gula pasir, santan dan sedikit garam tersebut. Kacau sekejap untuk melarutkan gula.
3. Masukkan esen vanila dan sedikit pewarna hijau, kacau lagi hingga rata.
4. Celupkan roti dalam campuran santan tersebut hingga serap sepenuhnya dan susun dalam loyang. Buat sampai habis dan tuang sedikit lebihan santan atas roti tadi. (CT letak plastik dalam loyang supaya mudah untuk dikeluarkan nanti).
5. Kukus roti tadi selama 15 - 20 minit. Sejukkan dahulu baru di potong. Selamat mencuba ....

Bubur Pulut Hitam







Bubur Pulut Hitam

Bahan-Bahan:
2 cawan pulut hitam, cuci dan rendam 3 - 4 jam
1 biji kelapa parut
2 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
Secubit garam

Cara-cara:
1. Rebus pulut hitam dengan air yang banyak hingga betul2 kembang. (mat guna pressure cooker je, ambil masa dalam 20 minit untuk kembang).
2. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Asingkan. Tuang pula 800ml air dan ramas, perah untuk santan cair.
3. Bila pulut hitam tadi kembang, tuang santan cair. Masukkan gula, daun pandan dan garam, masak hingga mendidih sambil terus dikacau hingga masak.
4. UNTUK MENGHIDANG: Ceduk bubur pulut hitam dalam mangkuk, kemudian tuang satu camca besar pati santan sebelum menghidang.....selamat mencuba!!!


Bubur Som Som





Bubur Som Som


Bahan-bahan:
100 gm tepung beras
30 gm tepung Hoen Kwee (Tepung pulut pun ok, kalau tak ada.. guna semua tepung beras)
1 camca teh garam halus
500 ml santan
500 ml air

Cara-cara:
1. Satu semua bahan dalam periuk atau casserole.
2. Masak atas api sederhana. Sentiasa kacau supaya bancuhan tidak berketul.
3. Masak sehingga likat dan berkilat.
4. Angkat dan sejukkan seketika. Tuang dalam mangkuk atau bekas yg sesuai.
5. Siram sirap gula kabong ke atas Bubur Som Som apabila menghidangkannya.

Bahan-bahan Sirap Gula:
2 ketul gula kabong atau 150 gm gula merah
250 ml air
1 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan dalam periuk dan panaskan atas api hingga menggelegak.
2. Masak sehingga gula larut.
3. Tapis larutan sirap sebelum menggunakannya.
* Tuang siap-siap ke dalam mangkuk2 kecil lebih mudah untuk dihidang. Jika tidak pun, tuang ke dalam bekas besar tetapi perlu mencedoknya ke dalam bekas kecil lain apabila menghidangnya nanti.


Bubur Pulut Hitam





Bubur Pulut Hitam


Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan pulut hitam, cuci dan rendam 4 - 5 jam
1 1/3 cawan gula (nak manis tambah lagi)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji kelapa, diparut

Cara-cara:
1. Toskan pulut hitam kemudian rebus hingga pulut kembang. Tuang 1/2 cawan air masak dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang lagi 700 ml air, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
2. Dalam pulut yang telah kembang tadi, masukkan daun pandan, gula pasir dan santan cair, masak atas api sederhana hingga mendidih dan gula hancur. Kacau rata dan rasa, jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Biar mendidih sekejap dan boleh matikan api.
3. Campur 1/4 camca teh garam ke dalam santan pekat tadi, kacau rata. Senduk bubur pulut hitam dalam mangkuk, sudukan 1 camca besar santan pekat. Gaul rata sebelum dimakan. Simpan santan pekat dalam peti sejuk jika tidak habis...

Puding Susu Berjagung





Puding Susu Berjagung

Bahan-bahan:
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail (MOFA ganti dengan jagung cream)

Cara-cara:
Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.

Pengat Keledek & Nangka




Urmmmm..... memang sedap makan pengat ni sebagai dessert kan, tak kiralah pengat apa pun gerenti sedap. Kebetulan pulak masih ada keledek seketul kat rumah, lebihan dari buat buah melaka hari tu. Sebelum masuk angin atau tumbuh akar dia, lebih baik dibuat pengat,


Pengat Keledek & Nangka


Bahan-bahan:
1 ketul keledek yang sederhana besar
6 ulas nangka masak - dipotong memanjang
1 ketul gula melaka - dipotong kecil
1/2 cawan gula pasir
200 ml santan pekat
1.25L air
garam sedikit
1 helai daun pandan - disimpulkan

Cara-cara:
1. Keledek dikupas dan dipotong kiub. Bersihkan dan direbus hingga empuk. Toskan.
2. Masak gula melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut. Tapis dan ketepikan.
3. Masukkan santan, cairan gula melaka, gula pasir, daun pandan, air dan garam kedalam periuk. Kacau hingga rata kemudian masukkan keledek dan juga nangka tadi.
4. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan dikacau selalu agar tidak pecah santan. Rasakan kemanisannya sebelum ditutup api.
5. Boleh lah dihidangkan. Selamat menjamu selera....


Puding Sago Gula Melaka







Puding Sago Gula Melaka


bahan-bahan:
200 gm biji sago
200 gm gula melaka
1 biji kelapa - ambil santan pekatnya
sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Masak sago dengan air mendidih, masak sehingga jernih. Setelah siap diangkat, cuci bawah air mengalir hingga hilang kanjinya. Toskan dan masukkan sago dalam acuan dan dinginkan.
2. Untuk kuahnya, Santan pekat dimasak dengan daun pandan yang disimpul bersama sedikit garam. Jangan sampai pecah santan ya.
3. Sebagai pemanisnya, Gula melaka dimasak berasingan dengan sedikit air untuk mendapatkan sirap yang pekat.
4. Untuk menghidangkan, sago yang telah disejukkan diletak dalam mangkuk dan dituangkan santan sejuk keatasnya. Diikuti dengan sirap gula melaka. Sedap dimakan semasa sejuk.


Pengat Durian







Pengat Durian


Bahan-bahan:
1 1/2 cawan kacang hijau (dibersihkan dan direbus hingga empuk, ketepikan).
10 ulas durian
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir (boleh dikurangkan ikut suka)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
sedikit garam
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:
1. Masukkan santan, air, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan kedalam kacang yang direbus tadi. Masak dan kacau sebentar diatas api yang sederhana.
2. Setelah semua bahan2 mesra, masukkan durian. Kacau sentiasa hingga mendidih untuk mengelakkan daripada pecah santan.
3. Rasa kemanisannya dan bolehlah ditutup api. Enak dihidangkan bersama roti putih atau pulut.


Puding Roti Nenas Bersos






Puding Roti Nenas Bersos

Bahan-bahan:
30 gm mentega - untuk disapu pada roti
8 keping roti putih/Gardenia - tak buang kulit tepi pun tak apa
3/4 cawan nenas dalam tin - cincang
4 sudu besar gula halus
2 biji telur - dipukul ringan
1 sudu teh esen vanila
1 3/4 cawan susu cair
1 cawan nenas + jus yang dikisar halus
secubit garam

Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Sediakan loyang (7"x7") yang disapu marjerin.
2. Roti disapu mentega dan dipotong dua bentuk tiga segi.
3. Susun roti satu lapisan dalam loyang dan taburkan nenas cincang, kayu manis dan gula halus.
4. Dalam mangkuk lain, campurkan telur, esen vanila, susu dan nenas kisar.
5. Tuangkan campuran tadi keatas roti dan biarkan terendam sebentar selama 5 minit.
6. Kemudian baru lah dibakar selama 30-40 minit/hingga keperangan.


Bahan Sos:
1 1/2 cawan susu cair
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

Masak bahan di atas hingga pekat. Sejukkan. Tuangkan ke atas puding yang telah dipotong semasa menghidang.

Puding Kastard Jagung Berkoktel






Puding Kastard Jagung Berkoktel

Bahan utk Puding:
1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan jagung manis(dalam tin)
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Bahan Tambahan:
1 cawan buah campuran dalam tin

Cara-cara:
1. Letak buah-buahan campuran ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2, ketepikan.
2. Campurkan kesemua bahan utk puding kedalam periuk/casserol dan kacau mesra.
3. Kemudian letak di atas api yang perlahan dan kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.
4. Angkat dan tuangkan kedalam loyang kesukaan atau bekas acuan berisi buah-buahan campuran tadi.
5. Tunggu sehingga sejuk dan kemudian masukkan dalam peti ais. Sedap dimakan bila sejuk.

Choc Puding With Lemon Filling






Choc Puding With Lemon Filling


Bahan-bahan:
11gm serbuk agar2
2 biji kuning telur
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
5 cawan air


Cara-cara:
1. Masak agar2 bersama gula hingga hancur.
2. Kemudian pukul kuning telur bersama susu cair dan masukkan kedalam agar2 tadi dan didihkan.
3. Selepas itu masukkan serbuk koko dan kacau hingga larut. Didihkan lagi sebelum diangkat.
4. Sediakan kek, potong mengikut saiz acuan yg disediakan dan tuang puding tadi ke dalam acuan berisi kek tersebut hingga menutupi kek.
5. Sejukkan dalam fridge sebelum dihidangkan.


Puding Karamel




PUDING KARAMEL

Bahan untuk Puding:
5 biji telur A
125gm gula
500ml susu cair
2 sudu besar tepung jagung
sedikit esen vanila

Bahan untuk Karamel:
100gm gula
(panaskan dalam loyang hingga cair keperangan, kemudian diketepikan)

Cara-cara:
campurkan telur dan gula, kacau hingga gula larut. Masukkan tepung jagung kedalam susu, larutkan dan masukkan kedalam telur bersama esen vanila. kacau rata dan tapis kedalam Karamel tadi. tutup loyang dengan cling film dan kukus selama 30min.