Friday, August 6, 2010

KUIH WAKTU BERBUKA




DONUT
resepi : Kak Hanieliza (halal yer kak liza i copy paste jek
)

Bahan A
600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 s/k garam
11 gm [ 1 paket] yis mauripan

Bahan B
1 biji telur [pukul sikit]
330 ml air suam
60 gm majerin
1 s/k bread softener - i x bubuh sbb xder

Bahan C [untuk goreng donut]
500 ml minyak
1 s/b majerin

CARA:
1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit.
3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan.

Nota: semasa mencanai doh..memang harus bermain dengan tepung...macam mandi tepung tangan tu...




PAU GORENG (inti sardin)
resepi: Kak Jasmeen (resepi ni asalnyer Pau version kukus... )


500 gm Tepung Pau (i xde tepung pau so gantikan ngan 150gm Strong White Bread Flour + 100gm Self-raising Flour = 250gms - i wat 1/2 drp sukatan kak jasmeen)
2 sdt Baking powder
260 gm air suam
1/2 peket instant yis (mauripan) or 6gm
7 sdb gula halus
3 sdb shortening / lemak sayur

CARA:
1. Campurkan tepung & baking powder (gaul rata)
2. Bancuh yis & gula dgn air suam, kacau sehingga gula larut
3. Masukkan air kedlm tepung & uli sehingga licin..(lembik adunan lbh krg spt adunan roti canai, klu rasa keras, leh tmbh air)
4. Masukkan lemak sayur, uli lg sehingga licin..
5. Tutup dgn kain, biarkan naik sekali ganda..(teman msukkan dlm oven, set low temp about 30 min)-shortcut step..hehehe..
6. Bila dah naik..tumbuk2 utk keluarkan angin..dan bentukkan bulat2 kecil..
7. Masukkan inti kegemaran..i buh inti sardin jek
8. Goreng dgn minyak byk hingga perang..api pastikan pelahan..




KUIH ABOK-ABOK

1 cwn sago biji - bilas sekali n toskan
3/4 cwn kelapa parut
secubit garam
gula perang secukupnyer
daun pisang

CARA:
1. panaskan kukusan...
2. gaul sago bersama kelapa & garam
3. ambil daun pisang, buat kelongsong, sudukan 1 sudu besar sago ke dlm kelongsong n bubuh 1/3 sudu besar gula perang..kemudian buh lg 1 1/2 sudu besar sago..tutup kelongsong dlm kelim
4. dah siap sume, kukus dgn api kuat selama beberapa minit sampai sago jernih (jgn jd cam i ter overcooked)..patutnyer texture dia berbiji2..