Thursday, August 12, 2010

Resepi Tom Yam Ayam




Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - bersihkan dan potong kecil-kecil
6 cawan air
1 sudu
teh garam
3 akar ketumbar - ditumbuk
2 batang serai - dititik dan dipotong
10 tangkai cili akar - belah 2, buang biji jika tidak mahu pedas
6 helai daun limau purut - dicarik-carik
2 camca besar pes cili
3 camca besar
sos ikan
3 camca besar jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar - dicincang kasar
3 helai daun pudina - dihiris serong

Cara Penyediaan :
Masukkan ayam, air dan garam ke dalam periuk. Panaskan hingga mendidih. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.

Masukkan semua bahan
yang lain kecuali daun ketumbar dan daun pudina. Masak selama 3-4 minit. Tutup api.

Tabur daun ketumbar dan daun pudina sebelum dihidang.