GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN
Bahan-bahan :
10 ketul ikan patin (saiz sederhana)
3 ulas bawang merah (jgn byk,nanti xsedap)
1 cm kunyit hidup (xde, blh guna serbuk kunyit)
5 cm lengkuas
3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana)
15 tangkai cili padi ( xnk pedas,kurangkan )
10 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugur @asam keping
5 sudu tempoyak ( lagi byk, lg sedap dan kuahnya pekat )
air secukupnya ( nk kuah byk, msk air byk )
garam secukup rasa
3 batang serai
Cara-cara memasak:
1. Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir. Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan.)
2. Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk.
3. Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan satu persatu. ( Hati2, tekstur isi ikan patin lembut)
5. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa.
6. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
7. Enak dimakan ketika ikan patin gulai tempoyak ini masih panas.
Saiz Hidangan : 4 -5 Orang
p/s : Selamat mencuba!